Pedang Hidupku


Semenjak akhir-akhir ini,diri ini menjadi terkeliru..Adakah diri ini berada di suatu lorong dan jalan yang betul. Atau adakah di suatu lorong kejahilan.aku bukan lah seorang yang ekstrimis menggunakan masa.Tetapi kadang2 tu terpakse juga sebab keadaan jadual ku yang terlalu flexible.

Setiap masa yang ku lalui,kadang2 terasa membazir.terasa sia-sia. Setiap hari yang ku lalui bagai suatu karangan yang tidak lengkap.Ada sesuatu di hati ini yang terasa kekurangan sesuatu.

Apakah sisa hidupku ini memberikan kebaikan pada Islam atau hanya sisa2 ikan yang tiada nilainya? Bila ku imbas kembali keadaan mujahideen di seluruh dunia yang setiap masa berjuang untuk Islam,yang bergadai nyawa untuk agama yang tercinta ini.Setiap hari menangis kerana Nya.Aku mula berkata pada diri "adakah aku seorang yang bacul,pengecut!hanya duduk diam melihat keadaan umat yang semakin goyah,yang semakin kembali pada suatu zaman Jahiliyyah.

apakah tiada kekuatan iman dalam diriku untuk berjuang demi Islam.atau adakah aku sembunyikan sesuatu yang bernilai?Sesuatu yang dimiliki Islam.


aku tertanya2..Adakah selama ini aku telah sembunyikan "masa" yang merupakan senjata bagi setiap muslim.senjata yang selama ini menjadi bukti kekuatan kepada umat Islam.


Adakah aku tidak layak menjadi Salahuddin Al-Ayyubi yang membebaskan palestin dari kaum yahudi?


Apakah tidak pantas diriku ini disamakan dengan Sultan Muhammad Al-Fatih yang menakluki konstantinopel?


Setiap hari aku berfikir "apakah hidupku ini sudah cukup hanya berhijabkan kan baju yang tidak selamanya bertahan,ianya lama2 akan menjadi kotor.atau adakah diriku ini merasa cukup hanya bertahankan makanan yang tidak selamanya mengenyangkan?"


Ya Allah Ya Tuhanku,berilah ku petunjuk dan hidayah MU,supaya aku menjaga setiap harta yang dikurniakan.Berikanlah ku kekuatan agar aku sentiasa mencari harta2 yang berharga yang tidak terkata nilainya..
Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

Humayra' said...

salam ziarah..

sekadar berkongsi kata2 nie....
"obtaining perfection is impossible,
but all the way to perfection, you'll gain excellence"

memang susah nak jd yg terbaik... tapi jika kita terus berusaha, dan memperbaiki diri, insyAllah kita akan menjadi lebih baik dari dulu... and Allah knows how much u've tried..

moga kita dapat menjadi mu'min yg diredhaiNya..