Meteorology HIJRAH??


Dengan nama Allah Tuhan Bulan Zulhijjah dan Tuhan Bulan Muharram. Selawat dan salam buat insan terulung Rasulallah SAW serta semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Apabila berbicara tentang hijrah, ramai ibubapa yang membeli tiket kapal terbang untuk berhijrah ke London. Apabila di tanya soal hijrah, ramai ibubapa yang berusaha untuk mengecat rumah supaya semuanya nampak baru. Apabila bercakap mengenai hijrah, ramai pakcik2 dan makcik2 membuat satu resepi baru untuk meraikan kedatangan hijrah. Dan apabila hijrah datang, ramai pemuda-pemudi yang berpeleseran di malam hari yang kononnya hendak menyambut Tahun baru.

Apakah yang anda faham mengenai HIJRAH?

Saya bukanlah seorang Ustaz yang pandai bercerita tentang konsep hijrah tetapi saya akan cuba merungkai segala persoalan yang timbul dibenak pemikiran masyarakat pemuda pemudi sekarang, Biarlah hari ini saya berbicara tentang hijrah tetapi saya tahu ramai lagi penulis2 yang lebih tahu mengenai HIJRAH.

Marilah kite terjah sirah Nabi SAW..

1. Penghijrahan Islam yang pertama adalah diketuai oleh Sahabat Nabi SAW, Ayub r.a ke Habsyah. Tujuan penghijrahannya adalah untuk selamatkan Iman para muslimin di Mekah kerana pada masa itu orang kafir terlalu banyak beri tekanan dan ancaman.
Disini kita boleh belajar bahawa hijrah bukan bererti TAKUT tetapi adalah perintah Allah supaya kita selamatkan iman kita. Sebab itu ada perintah Allah "Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah.."

Jadi Sahabat Nabi yang pergi Habsyah masa itu, Nabi benarkan duduk disana, buat amal agama dan tidak perlu menetang kerajaan disana, kerana kerajaan Habsyah ketika itu bersifat berkecuali(ehem..ehem..saya taknak berbicara tentang politik). Kita sambung topik kita.

2. Hijrah yang kedua adalah diketuai oleh Nabi SAW sendiri dan seorang sahabat ke Taif. Disini Rasullah SAW dibaling batu sehingga berdarah-darah. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi SAW berjalan macam berjalan ditempat basah. Lalu Malaikat datang dan offer untuk datangkan Bala disana, tak kiralah taufan ke, gempa bumi ke, tsunami ke, tetapi Nabi SAW tolak.. Dan Nabi SAW berdoa agar cucu cicit masyarakat di Taif ini mendapat Hidayat dari Allah SWT. Ini pun perintah Allah "Wahai manusia, berimanlah.."

Tujuan penghijrahan Nabi SAW adalah diatas perintah Allah untuk memajukan agama, untuk membina 'hati' bagi dunia iaitu masjid(masa itu masjid tiada lagi) dan kalau nak membina masjid perlu ada orang yang memakmurkannya sebab itu perlu pada masyarakat.(Bukan nak bina negara seperti yang didakwa sesetengah pihak , zaman Nabi Sulaiman dan Nabi Zulkarnain dulu dah ada negara yang complete hebat, tapi Allah tidak isytiharkan agama yang sempurna pada waktu itu).(saya taknak berbicara tentang politik). Kita sambung balik topik kita.

3. Dan penghijrahan Nabi SAW ketiga adalah ke Madinah. Sampai sahaja disana, Nabi SAW terus membina masjid. Orang yang berhijrah dipanggil MUHAJIRIN, orang kampung yang bantu2(keadaan ini tiada di Habsyah dan Taif) di panggil ANSAR. Masa itu di Madinah hanya ada 4 golongan,2 golongan syurga, 2 golongan neraka.

Golongan Syurga
1. Muhajirin(orang Islam Mekah)
2. Ansar(orang Islam Madinah)

Golongan Neraka
1. Munafikin(orang Islam pura-pura)
2. Kafirin(Selain agama Islam)

..dan tujuan Nabi SAW ke Madinah ini adalah untuk membina kekuatan Islam dan pada waktu ini barulah Allah datangkan pertolongan yang berbondong-bondong. Kenapa?? kerana pertolongan Allah akan datang apabila ada golongan yang berhijrah kerana Allah dan ada golongan yang bantu orang yang HIJRAH tadi, maka kerana itulah, dalam perang badar, Allah SWT hantar 1000 malaikat walaupun satu malaikat pun dah cukup sebenarnya untuk kalahkan orang kafir. Disini menunjukkan kasih dan sayang Allah pada mereka yang berhijrah dan mereka yang membantu orang berhijrah. Dan jikalau pembaca hendak tahu, golongan Muhajirin dan Ansar(313 tak silap saya) ini adalah golongan yang memakmurkan masjid Nabawi! Hari ini tiada Malaikat yang membantu umat Islam berperang, macam mana hendak bantu, rumah Allah penuh salju, kosong, empty. Tetapi pub2 24 hours penuh, restoran2 sentiasa ada yang di imarahkan. sadis sungguh..!

Lepas itu,turun ayat lagi "Wahai orang yang beriman,bertaqwalah..", maka sahabat2 faham maksud ayat tersebut dan mereka(Orang Muhajirin dan Ansar) telah bertebaran berhijrah ke seluruh alam dalam mengajak manusia untuk beriman kepada Allah SWT.


************************************************


Jadi marilah sama-sama kita tanya diri,kita ini berada dipihak yang mana??

1. Kita ni golongan Muhajirin ke?(orang yang berhijrah kerana Agama)
2. Atau orang Ansar ke?(Orang yang membantu orang yang berhijrah kerana agama)
3. Atau kita ni orang Munafik(Ada udang disebalik batu)
4. Atau orang kafir (Hijrah tiada,bantu pun tiada.Nauzubillah..)

Jadi dalam duduk2 baca post ni, saya nak mula mengekspresi untuk pembaca dan juga untuk diri saya sebuah kajian yang di buat secara diam2 dan harap2 semua pembaca dapat tenung(bukan tidur) dan mengambil iktibar.

Hijrah(musim pertama)

Dalam perut ibu(9 bulan 10 hari)

Dah mula belajar merangkak(ketika berumur Setahun)

Belajar Berlari dan melompat(Satu tahun setengah)

Belajar bezakan makanan dan najis(2 tahun)

Belajar bezakan manfaat dan mudharat(3 tahun)

Masuk Tadika(4 tahun)

Belajar di Sekolah rendah(7 tahun)

Belajar di sekolah menengah(13 tahun)

Menikmati Alam remaja(umur 13 tahun bagi lelaki,15 tahun bagi perempuan)

Dapat tawaran Universiti(18 tahun)

Tanam Anggur(24 tahun)

Mula bekerja(26 tahun)
kerja...kerja..kerja...Cari pasangan hidup..

KAHWIN(27 tahun)
kahwin..kahwin..kahwin..dapat anak..

Beli kereta secara ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
kerja..kerja..kerja..(anak-anak nak sekolah)

Tamat ansuran kereta(umur 36 tahun)

kerja..kerja..kerja..(Trade-in kereta)

Dapat menantu(47 tahun)

Tamat ansuran rumah(52 tahun)
Dapat cucu-cucu yang comel2 belake!

kerja..kerja..kerja..besarkan rumah.

Dianugerahkan Pencen(59tahun)

Meninggal dunia(65 tahun)

TAMAT

Hijrah(musim kedua)

Mandi mayat, kapan mayat, solat mayat, saudara melawat.
(sehari saja)

Tahlil(hari ke 3)
Mayat di makan ulat.

Tahlil(hari ke 7)

Tahlil(hari ke 40)
Mayat sudah menjadi tanah.
Nota: Isteri anda mungkin sudah menjadi mayat juga, kereta anda telah rosak, rumah anda dijual anak-anak sebab ramai tidak tahu macam mana nak bahagi2 harta jadi jual bagi dapat duit sedikit seorang.

Hijrah(musim ketiga)

Dalam kubur
(paling kurang 40ribu tahun)

Padang Mahsyar(beribu2 tahun)
Terbahagi kepada 3 hari:
1. Hari kebangkitan
2. Hari kemurkaan Allah(100 ribu tahun)
3. Hari pembalasan(Berjuta-juta tahun bergantung pada hisab)

Untuk pengetahuan pembaca akhirat terbahagi kepada 5 tempat.
1. Padang Mahsyar
2. Mizan
3. Bawah Arash
4. Telaga Kauthar
5. Titian sirat(1500 tahun perjalanan)

Hijrah(musim terakhir)

Jika...

Rezeki berkat
Seksa kubur angkat
Tangan kanan terima kitab
Titi sirat sepantas kilat
Masuk syurga tanpa hisab

Hadiahnya:

Semasa mati,malaikat tarik perlahan2 dan tunjuk syurga,jadi mati dalam keadaan senyum..
mayat tak reput.
Masa dalam kubur rasa macam solat 2 rakaat.
Semasa di padang Mahsyar,duduk dibawah Arash Allah.
Tak sedar pun dah titi sirat.
Masuk syurga selama-lamanya..

Yang tersingkir..

Masuk neraka selama2nya bagi yang kafir..
Bagi orang Islam bergantung pada dosa yang dilakukan..Nauzubillah..

Note:
Orang Munafik duduk neraka yang bawah sekali.
Ada neraka untuk orang yang sengaja lengah2kan solat.
Ada neraka untuk orang tak solat.
Macam-macam ada.

Jadi Dimanakah Hijrah kita?



SYURGA atau NERAKA?

tepuk dada tanya selera

Bak kata pepatah orang melayu"Sendiri buat,sendiri mau ingat!"

Wallahualam bswb..

Selamat menyambut Maal Hijrah dan Awal Muharram 1430 Hijrah^_^


Category: ,
Reactions: 

4 tautan hati:

norain said...

"Tujuan penghijrahan Nabi SAW adalah diatas perintah Allah untuk memajukan agama, untuk membina 'hati' bagi dunia iaitu masjid(masa itu masjid tiada lagi) dan kalau nak membina masjid perlu ada orang yang memakmurkannya sebab itu perlu pada masyarakat.(Bukan nak bina negara seperti yang didakwa sesetengah pihak , zaman Nabi Sulaiman dan Nabi Zulkarnain dulu dah ada negara yang complete hebat, tapi Allah tidak isytiharkan agama yang sempurna pada waktu itu)."

salam din..boleh akak tanya lagi pasal petikan diatas? tak berapa nak faham.. syukran

HafizuddinPirus said...

w,salam..maksudnya di sini di zaman zaman Nabi zulkarnain contohnya.. Baginda mempunyai sebuah kerajaan yang besar(moroko,rom,yunani,mesir, india dan tak silap saya satu lagi persian),tetapi selepas pemerintahan
Baginda, kerajaan tersebut telah diperintah oleh seorang manusia yang melanggar cita-cita Nabi Zulkarnain.. Jadi hancurlah cita-cita Nabi Iskandar Zulkarnain

Jadi di sini Allah SWT telah menurunkan Islam kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan demi
mencipta satu kerajaan Allah yang kekal sehingga akirat kelak..

Jadi apabila nak bina sesebuah negara yag besar dan kekal, ASAS yang utama kena ada iaitu agama..

Ini pendapat dari sesetengah pihak:p

Wallahualam..

Kalau si kakak berpetah sejongkong,
mana taknya si adik meraung,
kalau hanya penulis je yang sedap mendayung,
mana nak rasa kalau tak ada yang menolong:p

kalau akak ada apa-apa cadangan, bolehlah kongsi bersama^_^

Nik said...

Antara lain, Rasulullah SAW berhijrah ke madinah adalah untuk membentuk daulah islamiyah yang pertama didunia. menggunakan alQuran dan asSunnah sebagai perlembagaan tertinggi Madinah. Dengan kuasa pemerintahan, islam dapat disebarluakan dengan mudah dan cepat selain dapat jalankan amar makruf dan nahi mungkar. Banyak juga jamaah islamiyah kini yang perjuangkan daulah islamiyah seperti PAS di malaysia, PKS di indonesia. Namun ramai juga yang punyai dasar yang berbeza. Malah ada yang cuba pisahkan antara agama dan politik. salah satu sifat islam adalah syumuliyyah, merangkumi segala aspek kehidupan. maaf kalau salah ~

HafizuddinPirus said...

Sedikit Tambahan

satu muharam detik permulaan
(islam kena berbeza dengan agama lain, kalendar pun pakai kalendar Islam)
perkiraan tahun islam hijrah sekarang dah 1430,tetapi kalau ikut masihi 2008..belum masuk 2009.
perpindahan Nabi dan umat islam
(umat islam termasuk kita semua!)
dari kota mekah ke kota madinah
(oh inilah maksud hijrah, perpindahan dari satu tempat ke satu tempat…)

atas keyakinan dan iman yang teguh
(yakin kalimah tauhid)
kaum muhajirin dan ansar bersatu
(perkara ni tak berlaku kat Taif dan Habshah)
rela berkorban harta dan nyawa
(dan masa)
demi menegakkan Islam tercinta

hijrah itu pengorbanan
(harta, masa, tenaga)
hijrah itu perjuangan
(menegakkan ugama)
hijrah itu persaudaraan
(nabi mengsaudarakan org muhajir dan ansar)
hijrah membentuk perpaduan
(semua org madinah solah jemaah kat masjid Nabawi, termasuk org munafik-Abdullah bin Ubay)

oleh itu
mari semua
(Umno, Pas, pks dll)
kita sambut maal hijrah
(aik tak kan sambut je kot?)
kuatkan semangat
(bagus!-bagus!)
tingkatkan syiar Islam
(benar!)
untuk sepanjang zaman
(kulli makan, kulli zaman)

Na'am3x