Mahasiswa dan Blog

~Semoga permulaan ini menjadi sebaik-baik permulaan dalam menagih hasil daripada sebaik-baik tujuan, kerana inilah tujuan saya menulis~


Mahasiswa ataupun 'Pemuda' merupakan perkataan keramat dan sejarah membuktikan bahawa golongan-golongan inilah yang menjadi nadi rakyat untuk menyuarakan pendapat, perjuangan dan kesusahan mereka dalam menegakkan Islam. Pak Suharto sendiri pernah berkata “Jika diberikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku boleh mengegarkan dunia”. "Mahasiswa" merupakan harta yang bernilai kepada agama dan negara kerana golongan inilah yang akan menegakkan kebenaran dan melenyapkan segala kejahatan.Contoh seperti tokoh pemuda Islam yang begitu terkenal seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda berjaya membuka Constantinople pada umurnya 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun.Lihat! ini lah semangat seorang pemuda yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap Islam.

Seorang tokoh Islam, Saidina Abu Bakar pernah menyebut:

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”




Sejak akhir-akhir ini saya melihat anak-anak muda terutamanya golongan mahasiswa-mahasiswi cenderung untuk menjadi seorang bloggers. Blog merupakan salah satu wadah perjuangan. Saya sendiri berasa gembira diatas kewujudan blog-blog anak muda sebegini kerana saya sememangnya mengharapkan wujudnya ramai bloggers yang kreatif dan kritis serta mempunyai pendekatan perjuangan kearah menegakkan agama Islam yang tercinta ini.


Seperti sahabat-sahabat di Bumi Universiti's terutama di MMU telah berjaya mewujudkan rangkaian blog yang cukup meluas. Ada dikalangan anak muda yang menjadikan blog mereka sebagai luahan hati mereka terhadap dunia politik pada hari ini. Terdapat blog-blog mahasiswa yang hanya menyiarkan diari hidup mereka di dalam olahan yang cukup menarik. Bagi golongan ustaz dan ustazah ini kebanyakkan daripada mereka lebih gemar menjadikan blog mereka sebagai medan dakwah dan tarbiyah dengan menampilkan artikel-artikel yang menjelaskan tentang Islam.

Ramai juga dikalangan sahabat-sahabat saya yang menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk menayangkan artikel yang di “copy paste” daripada blog orang lain. Bagi mereka himpunan artikel terpilih boleh membantu sahabat-sahabat mereka mencari maklumat dengan lebih mudah.

Saya tidak kisah semua ini. Biarlah mereka mencuba untuk berbloggers. Janganlah dikritik semangat mereka. Untuk melahirkan seorang insan yang gemar menulis bukannya mudah. Tidak ramai yang sanggup menghadap komputer semata-mata mahu menyiapkan sebuah artikel. Mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan melayari friendster,myspace,Hi5 dan lebih popular sekarang nie mereka sering mengabiskan masa dengan BerYM berbanding menulis artikel-artikel yang bermanfaat.

Saya pernah melalui semua ini. Di awal tingkatan 3, saya mula mengenali internet dan pada ketika itu tujuan ke Cyber Cafe semata-mata untuk berchatting dengan kawan2 diruangan MIRC. Ada dikalangan sahabat-sahabat saya yang ketagih MIRC sanggup 'melompat pagar' diwaktu malam dan ponteng kelas tambahan untuk melepaskan ketagihan mereka. Wang saku dan biasiswa dihabiskan semata-mata untuk melayari ruangan chatting untuk “war”. War ialah istilah yang digunakan untuk berperang didalam ruangan MIRC.

Mujur dikala itu saya tidak terjebak ke kancah yang membawa kepada 'gian'. Saya sekadar suka-suka untuk berchatting. Apabila masuk tingkatan lima, tujuan saya ke CC adalah semata-mata mencari bahan Usrah buat program program dan juga bahan untuk hadapi SPM bersama dengan sahabat seusrah. Banyak bahan yang kami perolehi dan diphotostat untuk bacaan adik-adik di SMIK. Ketika itu saya sudah mengenali friendster, namun saya bukanlah kaki friendster. Sehingga hari ini saya jarang menjengah laman friendster saya. Kewujudan friendster sekadar untuk mengikat tali persahabatan dengan sahabat sejak dari zaman persekolahan dan juga untuk menyebarkan berita2 semasa.


Saya mengenali blog ketika tahun satu di Multimedia Universiti(Semester kedua).Saya mengenali blog dari sahabat2 seusrah.Ketika itu bahannya sekadar bahan tugasan saya dan artikel yang di “copy paste” daripada laman web dan blog-blog yang lain. Tapi tak apa janji ianya mempunyai isi untuk beramal ke arah kebaikan.

Saya bukannya penulis yang hebat. Artikel-artikel saya sering dikritik kerana gaya bahasa yang terumbang ambing dan banyak ejaan nye salah. Berbanding dengan aktivis mahasiswa yang lain, ramai menampilkan idealisme yang cukup tajam dan menarik. Walaupun dikritik dan dikutuk saya tetap cuba untuk menulis kerana ingin belajar menjadi seorang penulis yang kritis dan menarik. Bagi saya kritikan yang diberikan saya terima dengan lapang dada dan dijadikan pedoman untuk memperbaiki tulisan untuk artikel yang akan datang.Malah ade juga yang mengatakan "Eh din,awat layout hang macam tak cantik je,tukarlah layout". Sebenarnya Blog bukanlah satu medium untuk kita bermegah-megah tetapi ianya merupakan suatu wadah pendidikan.

Sebab itu saya suka sahabat-sahabat membuat blog sendiri. Saya tahu ada yang kurang senang dengan kehadiran bloggers baru ini. Ada yang berpendapat blog menjadikan mereka tidak pro aktif kerana bermain di alam maya. Ada juga sahabat-sahabat yang menimbulkan persoalan mengapa perlu wujudnya blog jika tiada arah dan tujuan. Berblog semata-mata untuk popular atau berdakwah. Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan.

Saya rasakan lontaran persoalan itu ada betulnya. Namun begitu, bagi saya sekiranya blog yang dihasilkan itu tidak bercanggah dengan etika dan nilai moral kehidupan sebagai seorang muslim, ada baiknya kita memberikan galakkan kepada generasi baru untuk mempunyai blog sendiri. Ini bagi mencungkil bakat mereka yang sedia ada dan menanamkan sifat suka menulis dikalangan mereka.

Firman Allah Taala:

“Demi masa Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. 103:1-3)


Bagi saya dunia blog menjadi medan kepada generasi muda@Mahasiswa terutamanya pendakwah untuk mengenali dunia global. Kita tidak boleh mengharapkan Ust Hasrizal dan Ust Zaharuddin semata-mata, tetapi perlu lahir generasi pelapis yang mampu untuk menjayakan misi dakwah di lapangan maya ini. Mulalah dengan langkah pertama, saya yakin sahabat-sahabat mampu untuk meneruskan langkah yang seterusnya sehingga suatu hari nanti kita berjaya mewujudkan bloggers muslim united.

InsyaAllahu Taala..


Category:
Reactions: 

3 tautan hati:

Nik said...

bagus din, teruskan berblog. masukkan entry2 ilmiah dan citra yang dapat membina karismatik seperti yang telah dikatakan oleh Max Weber, ciri utama karisma ialah suka melawan status quo(taradisi),. Mereka ini mempunyai kekuatan wibawa dan daya pikat luar biasa yang dapat mempengaruhi dan menyakinkan orang ramai. Mereka ini biasanya sentiasa membawa sesuatu yang baru dan dirasakan baik untuk masyarakat.

tapi haku rasa, lokasi ko gambar hang dok tulis blog tu depan bilik haku. hehe

HafizuddinPirus said...

semoga blog menjadi medan dakwah dan juga satu medium untuk kite di akhirat kelak..hehe..bilik aqu banyak
nyamuk lah..

Hanif Amir said...

Din Pirus,

Saya sependapat dengan sdra. Cuma yang menjadi keresahan kini ialah bila segelintir penulis blog yang jarang-jarang mengemaskini penulisan mereka.

Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa mereka tidak benar-benar bersemangat dalam usaha untuk menyedarkan khalayak pembaca.

Nik,

Melawan status quo? Aha! Hebat bunyinya!