Kenapa Palestine??


Dengan nama Allah tuhan masa sibuk dan masa lapang...
Selaut salam dan selawat ke atas insan paling sibuk tetapi masih sempat bertahajud sampai bengkak2 kaki Rasulallah SAW serta semua mereka2 yang sibuk dengan urusan dunia sementara ni, harapnya sibuk juga dengan urusan akhirat yang hakiki...

Apa khabar korang semua wahai mahluk Allah yang bernama manusia dan terima kasih kerana sudi menghabiskan baki hayat dengan membaca dan cuba memahami entri ini, mudah mudahan korang(termasuk saya yng sering terlupa) dapat menfaat dan bila korang dapat manfaat, of course saya pun dapat menfaatnya.(cewah..).insyAllah..

Sebelum korang semua baca Post saye ni, marilah sama-sama kita berdoa akan keselamatan dan keamanan saudara-saudara kita yang sedang berperang terutamanya di Palestine........
.........................................................................................................................................................

Kalau saya tidak dapat pergi ke Palestine untuk menolong, tetapi saya akan cube juga untuk menolong, mari kita lihat gambar2 di bawah ini sebelum saya masuk ke bahagian karangan..

keindahan bandar Palestin(Gaza) sebelum di masuki Zionis Laknatullah




Bangunan2 di Gaza begitu tersegam indah


Tetapi tiada siapa pun tahu, tiba2 dengan kuasa Allah..


Bandar suci itu diserang..



Anak-anak kecil menggadai nyawa demi Islam yang tercinta!


Rumah2 orang Islam diranapkan

Oleh..



Puak2 Zionis Laknatullah yang bangga membuat kerosakkan


Tetapi di Malaysia Pula..


Cuti2 Malaysia. Semua bergembira!

Di Palestine tengah berperang, tetapi Di Malaysia masih lagi bermain dengan binatang!


Jadi sedarlah wahai saudara2, marilah sama-sama kita menentang habis2an Puak Zionis ini!!



Bak kata nenek ni: " Jagalah kau wahai yahudi, Aku takkan maafkan perbuatan kau di akhirat kelak!!"


BOIKOT Israel!


Mari sama-sama kita membantu pejuang-pejuang Islam. Sekurang-kurangnya kita mendoakan kesejahteraan mereka.


Mungkin ada yang tertanya2,kenapa kita perlu bantu mereka?

Kerana..

Al-Aqsa merupakan Kiblat pertama bagi umat Islam. Yang paling penting Umat Islam adalah bersaudara!

Rasulallah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu akan keadaan umatku, maka dia bukanlah dari kalangan umatku"


Kalau ada puak2 Zionis yang terbuke laman web PemudeKahfi ni, Please pay attention to every single word here!(mudah2an korang sedar sikit)

BEGIN!

Sebagai orang islam, kita semua percaya kepada takdir, bahawa segala yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, atau yang akan berlaku, semuanya di dalam gengaman kudrat Allah yang maha Esa.

Bersyukur lagi dan lagi dan lagi, kerana Allah telah takdirkan kita semua sebagai manusia, bersyukur tak terhingga kerana hakikatnya Allah boleh jadikan kita semua sekeping papan playwood, atau sehelai daun ketum, atau Allah boleh jadikan kita lendir lutut unta, gigi garham arnab, serpihan kayu sugi atau apa sahaja! , Dah tentu juga Allah boleh jadikan kita batu-bata, nak lebih haru: Allah jadikan korang batu neraka! ,dan yang lebih dahsyat lagi, jika Allah jadikan kita Syaitan!! Nauzubillah!!

Namun sedar tak sedar, walaupun hujung hayat kita semua akan bertukar menjadi sebuah mayat di pembaringan, tapi hakikatnya, manusia itu sendiri mampu menjadi ‘syaitan”, mampu menjadi lebih dahsyat dari setan, menjadi setan yang bertopengkan manusia...

Dah panjang intro nie, entri ini di mulakan dengan sebuah soalan yang berbunyi...

Kenapa kita kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia..?

Kata cikgu saya time sekolah rendah dulu, untuk jawab soalan, kita kena ulang balik soalan berserta jawapan sekali baru dapat full mark(kalau tak saya masih ingat lagi kena potong 5 markah), maka jawapannya adalah:-

Saya kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia adalah kerana...

(Ha ini adalah cara2 jawab soalan esei yang betul, Please take note!)


Pertama:-

Kerana Allah jadikan kita semua ni dengan ‘tangan’ Allah sendiri.., tak payah saya nak ulas tentang ‘tangan’ Allah, Cuma nak bagitahu, makhluk lain Allah berkata “KUN” maka terus Fayakun, (kata ‘jadi’ terus jadi) tapi bila mahluk manusia ni Allah cipta dengan “tangan” bermakna, ada rahsia besar dan ada kenginan yang khas dari Allah untuk Manusia yang paling di beri perhatian oleh Allah, pencipta segala-galanya.. jap lagi saya ulas.(lain kali kot)

Kedua:-

Kerana Allah declare bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, lebih baik dari malaikat, lebih baik dari teras emas, lebih baik dari buih air zam zam, lebih baik dari bidadari, lebih baik dari semua yang telah di cipta, Allah PENCIPTA, selain dari Allah semua di cipta, dan manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, namun, walaupun manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian, tapi ada jugak manusia yang berperangai SYAITAN, maka untuk jadi sebaik-baik makhluk masih tertakluk kepada terma dan syarat.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk" -AlBayyinah:7-

Ketiga:-

Dalam banyak hal, Allah akan menyebelahi manusia. ok, masuk bab ni saya nak kena cerita detail sikit, insyAllah( Dulu, masa dalam kelas, Ustaz saya kata, Yang dah terlelap tu boleh lah basuh muke)

Ada cerita yang dah banyak kali kita dengar(kalau yang tidur time ceramah tu mungkin tak dengar), kisah pembunuh 100 manusia termasuk bunuh orang alim, bila mati malaikat faham dia ahli neraka, Tapi Allah masukkan dia ke dalam syurga kerana pembunuh itu mati tanpa niat membunuh, erm maksud saya mati dalam keadaan INGIN bertaubat. Malaikat macam tak berapa setuju, Allah perintah malaikat tu ambik jarak di antara mayat si pembunuh dengan dua tempat, tempat dia bunuh orang dengan tempat dia nak pergi bertaubat, mana yang lebih dekat, dan kita semua tahu bahawa tempat dia mati adalah dalam takdir Allah, hanya sejarak satu ibu kaki saja beza-jarak lebih dekat dengan tampat bertaubat. Apa lagi nak di kata?

Ada lagi cerita lain, juga popular dizaman nie, kisah pelacur yang beri minum pada seekor anjing, Allah boleh ampunkan dosa manusia ni dengan apa sahaja alasan, hakikatnya, Allah sangat sayang pada saya dan korang semua. Allah selalu mencari alasan untuk ampunkan dosa manusia, hingga Allah bagitahu Nabi Musa a.s "jikalau firaun bertaubat padaKu: akan Aku terima" benar Allah Maha Pemurah..

Malahan Allah bagitahu pada malaikat sekiranya manusia itu memuji Aku di hadapan orang ramai, maka aku akan puji manusia itu di hadapan himpunan semua malaikat, tak jelous malaikat?

Kemudian Allah bagitahu lagi jika manusia itu datang kepadaNya berjalan, Allah akan datang dengan Berlari.. Subhanallah..

Disini membuktikan Allah terlalu sayang kepada Manusia..

(maaf, kalau ada salah sila betulkan)

Kali ni part Core

Tetapi..

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa sampai sekarang Allah tidak tolong Orang Islam yang sedang berperang seperti di Palestine? Adakah Allah tidak sayang akan Umat di Palestin? Ada pula seorang manusia ni yang tengah duduk main poker begitu marah apabila Palestin diserang.(Macam mana Allah nak tolong, sedangkan Umat Islam sendiri tidak menolong agama Allah)

Mari kita ikut kisah yang agak pendek nie. Mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar(pengajaran).

*******************************************************

Hari itu tiada azan subuh kedengaran, yang ada hanya bunyi tembakan dan ledakkan senjata, kemudian kelihatan sebuah Lori Tentera sedang bergerak laju dalam kedinginan kabus pagi, Oleh kerana jalan yang tidak rata dan banyak bonggol, kelihatan lori itu seperti melompat-lompat dan terhuyung hayang, sehinggalah ianya berhenti di hadapan sebuah masjid.

Apabila melihat dua lelaki yang berpakaian tentera turun dari lori, barulah di ketahui bahawa, ‘jalan yang tidak rata’ dan ‘banyak bonggol’ itu rupanya adalah timbunan mayat manusia, dan di hadapan masjid itu juga bergelimpangan mayat manusia yang di bunuh kejam, dari dalam masjid keluar beberapa lagi tentera dengan senjata lengkap, salah seorang dari mereka memegang sebatang tongkat yang cantik ukirannya, oh, itu rupanya tongkat yang biasa di pegang oleh imam setiap kali berkhutbah juma’at!!

Kemudian, tentera itu melontarkan tongkat mimbar masjid itu ke belakang lori tadi, kelihatan di dalam lori itu telah di penuhi oleh tongkat mimbar dari masjid-masjid yang lain, ada berbagai bentuk dan ukiran, ada yang di perbuat dari kayu dan juga besi!!

Apa-apapun, bagi setiap tongkat masjid yang dikumpulkan itu menandakan satu kampung orang islam telah di bunuh, semua wanita di perkosa dan seluruh harta di rampas.

Berkatalah seorang tentera kepada rakannya.
"bagus sungguh tindakkan jeneral tertinggi yang membuat strategi menyerang negara islam yang solat subuhnya tidak seramai solat jumaat, katanya idea kreatif ini di ambil dari kitab orang islam, kerana itulah iraq, palestin, bosnia, indonesia, afghanistan telah berjaya kita tewaskan, tuhan mereka tidak membantu mereka, ha ha ha..!"

kemudian rakannya yang aetis berkata: "seolah-olah, tuhan itu wujud..."

Argh, kita lupakan soal ketuhanan, negara mana pulak yang subuhnya tidak seramai jummat, ayoh kita serang...!!!

. . . . .

. . . . .

. . . . .

(Bilalah solat subuh akan seramai ini??..hmm)

Jikalau Pihak Yahudi laknatullah sedang merancang sesuatu untuk menghancurkan Islam..

Marilah kita sebagai seorang Islam Merancang sesuatu untuk berperang dengan mereka habis2an!

Kejayaan bukan dalam Negara aman, dan kegagalan bukan dalam Negara perperangan, dalam Negara aman ada perintah Allah sekian-sekian, dalam Negara perperangan ada perintah Allah sekian-sekian, kejayaan adalah bila dapat taat perintah Allah!!!

Orang palestin nak pergi solat berjemaah, tapi tak dapat kerana di halang oleh tentera yahudi, tetapi malaysia sekarang Negara aman tapi masjid masih kosong, orang palestin patut menangis tengok rakyat Malaysia yang diuji kemewahan ini!!!!

(Saya patut menangis sekali lagi-tapi takde air mata kerana hati keras.. Jangan ikut ye)
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: