Ilmu yang membahagiakan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dengan izin-Nya aqu menggagahkan jari2 jemariku ini untuk berkongsi di pemudekahfi ini walaupun sejak kebelakangan nie rase macam tak berape sihat. Walaupun demam tak, batuk pun tak tapi memang rase macam tak sihat. Perasaan ku yang selama ini dirancang oleh gerakan hatiku kini telah bertukar seleranya. Seolah2 ianya adalah petanda dari Allah untuk aqu bermuhasabah diri. Azam yang ingin aqu gapai sebelum masuknya tahun baru 2009 nie begitu berat untuk aqu tempuhi..Semoga Allah berikan ku kekuatan serta semangat yang tinggi..

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, 'hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang mereka lakukan"-An-Nur:30-


Minggu ini boleh dikatakan the 'busy week'. Ade banyak midterm test yang aqu kena tempuhi. Tapi sekarang cuma tinggal 1 test je lagi. Tengok teman2 yang berlainan kos semua dah habis midterm test,just nak prepare untuk final. Satu demi satu 'paper' yang aqu hadapi menguji keimanan dan keyakinan aqu kepada bantuan-Nya. Ada satu paper yang mampu buatkan aqu menangis, Alhamdulillah aqu masih mampu tersenyum dihadapan sahabat-sahabatku..

"Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai matlamat, nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"
-La Tahzan-


"Dan berdoalah dengan ucapan:"Wahai Tuhanku,tambahlah ilmuku" -Taha:114-
Category:
Reactions: 

0 tautan hati: