Hiburan Manusia atau Hiburan Tuhan??

Dengan Nama Allah, Tuhan Dunia Akhirat, Yang menggerakkan Bumi di atas paksinya, yang menjadikan Bintang berkelipan di waktu malam, yang menyinari malam dengan cahaya rembulan yang tidak kunjung malap, yang berkuasa terhadap seluruh cakerawala. Salawat dan salam ditujukan buat Marketor besar Islam, Rasulallah SAW dan Para Sahabat, Para Anbiyak yang bermati-matian berjuang ke arah menegakkan agama-Nya.


"Dunia Islam telah Di ancam! Begitu rakusnya puak2 kuffar sehinggakan Umat Islam sering lalai dan langsung tidak ambil tahu hal Umat, Kita sering diperbodohkan dengan suatu Anasir yang tidak pernah kenyang, kita telah dilahap sepuas2nya! Kita terus gelak ketawa apabila Salahuddin Al-Ayyubi sedang berjuang mempertahankan Palestin, kita sering terlena apabila dibicarakan tentang Islam! "

Begitu lah bisik pemuda di dalam hatinya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur, Hiburan yang dianjurkan oleh Islam adalah hiburan sejati. Hiburan ini akan kekal sehingga ke akhirat kelak. Kalau nak tahu hiburan yang dilakukan itu adalah sejati atau tidak, tanyalah sama hati sama ada ia tenang atau tidak.

Islam ialah satu agama yang yang sesuai dengan fitrah manusia. Untuk menjadikan hati ini tenang, isi lah keperluan asasinya dengan Iman dengan cara membaca Al-Quran.
Sebagai seorang Muslim, Al-Quran adalah hiburan hidup, Solat adalah tiang agama. Apabila di jaga kedua-duanya maka ia akan sebati dengan hati.

Tetapi..

Saya berasa pelik!Umat Islam sekarang tidak guna formula yang dianjurkan Islam. Formula nya telah direka-cipta sendiri. Mungkinkah agak berkesan formula ini??

keadaan 1


Pemuda sekarang apabila tidak tenang dengan pelajaran dan pekerjaan yang dihadapinya, sering sekali melepaskan gian dengan merokok dan melepak dijalanan, erm mungkin merokok memberikan ketenangan pada hatinya sekarang tetapi alangkah sedihnya apabila diakhirat kelak,adakah ketenangan dunia itu memberi ketenangan di akhirat nanti..?

keadaan 2

Pemuda yang tidak tenang melihat persekitaran nya yang penuh dengan mehnah dan Cobaan. Pergaulan bebas yang tidak henti2 activenya menyebabkan hati si pemuda berasa tercabar. "Orang lain bercouple, tetapi aku pula duk seorang2 je". Apabila hati si pemuda ini didorong dengan keadaan sekitarnya, maka terjadi lah formula yang dicipta sendiri. Formula yang bermatlamat kan dunia semata-mata!

keadaan 3

Seorang pemuda yang hatinya tidak tenang apabila sering dimarahi oleh gurunya, ibubapanya menyebabkan si pemuda ini melarikan diri dari rumah mencari suatu ketenangan yang tidak pasti. Melencong entah ke mana tanpa hala tuju, Ibu bapa terus dilupakan tanpa khabar berita. Silap2 haribulan di culik dek orang.Wallahualam.

keadaan 4

Acapkali saya sering melihat pelajar2, mahupun ibubapa2 yang mengambil inisiatif melihat konsert sebagai hiburan yang menenangkan hati. Ibubapa yang menganggap hiburan tersebut dapat memberikan 1001 kebahagiaan kepada anak2 nya. Ataupun seorang pelajar yang menganggap ini adalah suatu jalan ketenangan kepada rakannya. Adakah hati kita akan tenang pabila konsert tersebut terlalu banyak pasangan yang berduet bersama. Satu pembohongan besar jika mereka berasa bahagia dengan formula ini.

JIKA jalan ini lah yang dipilih maka tidak hairanlah jika berlakunya kes2 pembunuhan, rompakan, kes2 rogol yang sudah berleluasa, kes rasuah dan sebagainya. Apabila hati ini tidak didorongkan kejalan yang betul, maka ini lah yang akan terjadi.

" Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia".-Al-Ra'ad: 28-

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur'an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka.

Al-Quran sebagai Hiburan dan penenang jiwa


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur'an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah"-Surah Al-Zumar: 23-

FirmanNya lagi :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah"-AlAnfaal: 2-

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah SWT.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang"(Hadis riwayat Al-Nasa'ei)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah SWT. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit-bukau, langit, laut, dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta'ala.

Contoh2 kebesaran/hiburan ciptaan Tuhan












"Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa"-Surah Yunus: 6-
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: