Berangan Sahaja tiada guna

Dengan nama Allah yang maha mengawal segala kejadian yang berada di langit dan di bumi...
Salam rindu buat Rasulallah SAW, insan teragung serta semua pembaca budiman sekalian.


"Berangan"? Apa yang korang tahu tentang berangan. Saya tahu semua sidang pembaca yang membaca entri ini mesti tengah berangan sambil menggaru-garu rambut, buat yang tidak ada rambut tu, mungkin korang tengah menggaru-garu kening. Betul tak? Kalau tak berangan korang mesti tidak dapat capai dan faham apa yang saya nak tulis di entry nie.

Berangan boleh diistilahkan sebagai suatu perbuatan yang tidak menampakkan perbuatannya. Segala perbuatan yang nak dicapai kelak ada dalam benak pemikirannya. itu lah berangan(maaf..kalau ade pembaca yang nak tambah atau nak tolak, darab, bahagi, silakan.. Mungkin maksud tidak sampai..)

Berangan ada 2 kategori.. Satu berangan yang mendatangkan faedah, satu lagi berangan yang langsung tidak mendatangkan apa2 kebaikan pada diri sendiri mahupun orang lain.

Teringat dulu masa zaman kecik2(zaman kejatuhan empayer Uthmaniyyah), masa tu cerita dragon Ball tengah hangat(Ingat! pihak kuffar laknatullah telah menggunakan media hiburan untuk melalaikan umat Islam). Masih ingat lagi nama2 wataknya. Watak utamanya Goku. Masa tu, teringin nak jadi macam Goku boleh buat "Bugit"(sejenis aura yang dikatekan amat berbahaye). Itu lah zaman kecil2 dulu. Bukan saya seorang sahaja, saya yakin pembaca2 semua mesti pernah teringin nak menjadi seperti Naruto Kan(cerite yang setiap hari khamis jam 7 malam tu)? Mungkin ada sesetengah pembaca yang ingat hidupnya seperti dalam cerita "Final Fantasy"(kan bagus kalau diorang ingat final destination@akhirat)


Abu-Darda' r.a. ketika melihat penduduk Himsh ia berkata: "Apakah kamu tidak malu membangun apa yang tidak akan kamu tempati selamanya dan angan-angan yang tidak dapat kamu capai dan mengumpulkan apa yang tidak dapat kamu makan. Sesungguhnya orang-orang yang sebelummu telah membangun yang megah-megah dan mengumpulkan sebanyak-banyaknya dan angan-angan yang sejauhnya, akhirnya tempat mereka itu didalam kubur dan angan-angannya merupakan tipu daya dan yang mereka kumpulkan itu hancur lebur."

Al kisah ada seorang pemuda ni yang sedang lepak-lepak duduk disebuah stesen bas. Mungkin sedang menunggu bas sambil pekena sebatang rokok dan bernyanyi lagu indon bersama-sama rakan-rakan yang tak sama baya demi untuk menarik perhatian perempuan-perempuan yang lalu lalang di hadapannya. Tiba-tiba lalu pulak seorang petua(orang tua,pemuda---->untuk orang muda), duduk disebelah pemuda tersebut sambil tongkatnya dinaikkan ke atas(gaya macam nak pukul orang). Kemudian petua tersebut bertanya lah kepada pemuda yang sedang hisap2 rokok tu. (di sini dialognya saya ubah2 sikit)

Petua: Wahai anak muda, tak malu kah kamu berteriak-teriak sebigini? macam monyet!

pemuda: Buat apa nak malu, ini tempat awam.

Petua: Memang lah tempat awam, kamu ingat tempat awam kamu boleh berteriak-teriak sesuke hati kamu?(orang tua tersebut dah mule memegang tongkatnya)

Pemuda: Ohh maaf pakcik..

Petua: Tak apa..Ni pakcik nak tanya kamu belajar dimana?

Pemuda: Sekolah XYZ

Petua: Ape angan-angan kamu bila dah besar nanti..

Pemuda: Angan-angan saya nak jadi perdana Menteri Malaysia..

Jadi apa pandangan pembaca tentang diolog di atas? Adakah pemuda tersebut ada gaya perdana menteri. Nak ke Rakyat memilih perdana menteri yang kuat hisap rokok, menyanyi tepi jalan sambil kacau-kacau anak perempuan. Nasib baik pemuda tu tidak cakap " angan-angan saya nak jadi perdana menteri Malaysia pertama yang yang memajukan Malaysia" mesti pakcik sebelah tu dah tibai pemuda tu.

Ya angan-angan dah betul tetapi sebelum kita hendak memajukan Malaysia, Marilah kita memajukan diri sendiri dulu. Kalau diri sendiri hisap rokok, macam mana nak mencegah orang lain dari hisap rokok.

Qatadah dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulallah SAW bersabda: "Semua yang ada pada anak Adam dapat berubah rosak atau tua kecuali dua macam iaitu Rakus dan Angan-angan"

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Yang saya sangat khuatirkan at
as kamu dua macam iaitu Panjang angan-angan dan menturut hawa nafsu kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat dan menurutkan hawa nafsu itu menghalangi dari kebenaran (hak)"

Ada satu kisah lagi mengenai seorang pelajar universiti yang sedang borak-borak bersama-sama rakannya disebuah restoran india(bukan mamak) sambil bermain poker(judi) dan minum bir(arak). kemudian saya terdengar lah perbualan diorang yang agak jelas. Diorang berborak mengenai CINTA..perkahwinan.. pertunangan(Biase lah,zaman-zaman begini darah anak-anak muda, semakin meningkat umurnya, semakin tinggi cintanya dan angan-angan nya). Ada sekali itu saya terdengar yang salah seorang darinya mempunyai angan-angan yang tinggi untuk mencari pasangan yang solehah. Yang digelar MUSLIMAH. sambil2 berborak sambil2 minum arak.

Lihat. begitu menggunung tinggi angan-angannya. Saya pun kalah(cewah..) Tapi malang angan-angan sahaja tanpa perbuatan untuk mengubah diri tiada guna. Dia mungkin menginginkan seorang Muslimah tu, tetapi Muslimah tu nak ke dia? Kalau ada Muslimah yang nak juge, erm memang jodoh lah tu. Hanya Allah sahaja yang tahu baik buruknya.


***********************************************

Jadi dalam korang semua tengah baring-baring sebelum tidur, setiap kali sebelum tidur mesti korang berangan kan sesuatu. Kan? kalau perempuan nie selalunya berangan tentang nak masak lauk ape esok..Kalau si lelaki pule mesti tengah duk berangan tentang pelajaran esok(cewah..) InsyaAllah ada..



Jadi dalam kita berangan-angan nie, pernah tak kita berangan dalam membina dan membentuk diri kita. Ada sesetengah tu angan-angan nya nak jadi mujahid selamatkan Palestin dari Rejim Zionis Laknatullah. Ya ianya satu angan-angan yang paling mulia. Tetapi untuk menampakkan ianya menjadi Mulia + Berfaedah, ianya mestilah diiringi dengan perbuatan. Contohnya kita sebagai seorang pelajar, Kite mempunya tanggungjawab yang besar terhadap pelajaran, pada masa yang sama, kita mendoakan keamanan saudara-saudara kita di Palestin. Jadi ianya barulah di namakan angan-angan yang mendatangkan faedah pada diri kita dan juga orang lain.

Oleh itu, marilah sama-sama kita bina kekuatan yang disebaliknya mempunyai kekuatan(bukan Aura) dengan cara kita keluar dari angan-angan palsu yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.


Bagaikan melangkah di awan

Semua hanya angan-angan

Tak mudah meraih bahagia

Dua rasa berbeda

Bagaikan rembulan dan mentari

Tak mungkin seiring sejalan

Simfoni ini sebuah elergi

Dua irama di satu jalan


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kebaikan ummat ini pada mulanya dengan zuhud dan yakin dan kebinasaannya ummat ini kelak dengan bakhil dan panjang angan-angan"
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: