Bear Hill

Bismillahirrahmanir rahim..

Segala puji dan kasih bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menciptakan manusia berbagai-bagai rupa dan keadaan, selawat dan salam buat pemuda Islam terhebat, Rasulallah SAW dan para sahabat r.a.

sebelum masuk ke part core, saya nak mengulas sedikit tentang Bear Hill.

Bear hill atau nama sebenarnya Bukit Beruang, terletak di ayer keroh, Melaka. Merupakan suatu kawasan bukit dan hutan yang disana terdapat pelbagai penempatan. Bukit ini lebih kurang macam bukit antarabangsa sebelum ianya runtuh. Dahulunya, bukit beruang ini dikatakan terdapat seekor anak beruang yang terlepas dari zoo Melaka, sehingga sekarang masih tidak jumpa2, maka sebab itu lah ianya di panggil Bear Hill. Selain itu ada yang mengatakan Bukit Beruang ini Bukit Ber"wang" kononnya ada sekumpulan lanun(bukan dalam cerita karut pirate of carribean) yang dikejar polis kemudiannya menyorokkan harta karun di sebuah bukit, yang peliknya si lanun2 tu lupa dimana diorang letak(pulak dah), begitulah juga sampai sekarang masih2 tidak ketemu harta2 karun itu.

Alhamdulillah pagi tadi telah tercapai suatu misi dunia yang berwawasan kan akhirat(InsyaAllah). saya dan beberapa orang sahabat ni telah berjaya menerobos Bear Hill yang merupakan bukit yang penuh dengan misteri itu. Apakah tujuan nya kami ke sana? Walaupun nampak macam hendak berkelah tapi sebenarnya kami hanya jogging sahaja, maklumlah dah lama tak jogging pagi2. selalu nya joging petang2. Kami berjogging dari bawah sehingga ke atas bukit. Memang letih tapi puas.

Sesampainya kami diatas(dalam 20 minit), kami mulakan latihan regangan badan ala2 yoga(bukan yoga).

Ada yang tertanya2,"ada apa kat atas tu? Buang masa je. Ade kedai tak nak beli2(pulak dah)? Tak ada harimau ke atas tu?" erm macam-macam persoalan yang dilemparkan. tak perlu jawab.

Antara aktiviti2 yang boleh lakukan di atas Bear Hill adalah seperti berikut:

Senam robik ala2 yoga(jangan tiru)

Selain itu,



Usrah atau program


Tetapi jangan pula kita,


Bunuh diri. Ada bermacam-macam kes bunuh diri yang berlaku di bukit Bear Hill ini.

Di atas, kami melihat suatu pemandangan yang begitu indah, pemandangan yang begitu kecil pada saya. Tapi pada Allah.. Maha suci Allah. Kita sebagai manusia ini walau sebesar mana rumah, kenderaan, pangkat, isteri, cgpa sekalipun, tapi pada pandangan Allah, kita ini hanyalah manusia yang hina dan terlalu kecil.

pemandangan dari atas

Di sini, marilah kita muhasabah kembali diri kita yang dikatakan insan ini. Apakah tujuan kita hidup di dunia yang serba fana ini? Dalam kita membuat dosa, adakah kita telah lupa yang kita ini mempunyai Pencipta yang sentiasa memerhatikan kita 24 hours? Janganlah kita lupa segala nikmat yang dikurniakan Allah, sekelip mata sahaja akan hilang dengan ketentuan Allah. Nikmat masa lapang, nikmat kesihatan, nikmat masa. Adakah kita gunakan dengan sebaik2nya?

Sabda Rasulullah SAW: "Dua nikmat yang sering diabaikan oleh orang ramai, iaitu ketika masih sihat dan ketika masa lapang"(Riwayat Bukhari)

Oklah taknak berbicara panjang lebar sebab tujuan sebenar penulis nak menceritakan tentang Bear Hill sahaja..
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Nik said...

sheikh..baru update tth bear hill nih. dah nak dekat setahun naik, baru update..kamon laa (huhu!)..esok lepas subuh jadi tak naik bukit bruang lagi. kali ni kita buat aktiviti study untuk final atas bukit lak, amacam?

HafizuddinPirus said...

jadi..jadi..esok lepas subuh jam 6.30 pagi...cool..