Apabila si pemuda berbicara..


Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah.




Sebagai seorang Pelajar,kadangkala kita asyik fikir:

"Bila nak siapkan assignment yang cikgu beri?kalau tak siap kena rotan"
"Esok ada tutorial,dah print out ke belum soalan tutorial?"
"Esok exam,berapa banyak lagi chapter nak cover?kalau tak cover,result kantoi pulak"
"Bile nak beli kasut?Esok ade lab,kalau tak pakai kasut tak boleh masuk"

Sebagai seorang pekerja pula kita asyik terfikir:

"Esok start kerja jam 8pagi,jadi jam 6pagi kena bangun"
"Nak pakai baju ape ye esok?kalau tak smart,nanti bos tak suka"
"Esok banyak kerja ke tak ye,kalau tak banyak boleh lah keluar awal"
"gaji pertama nanti nak beli apa ye?"
"Ade bonus ke tak bulan nie?"

Sebagai seorang Suami@Isteri kadangkala kita selalu fikirkan:

"Masa dah kahwin nanti nak beli rumah dimana ya?"
"Target anak berapa orang tahun nie?"
"Kereta apa nak beli nanti kalau anak ramai?"
"Cuti nanti nak jalan2 dimana ye?"

Tetapi jangan lah kita terlupa dan terleka.semua itu hanyalah persoalan dunia yang tidak akan berkekalan.Hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat"

Sebagai seorang Muslim,kita hendaklah tanya pada diri

Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?

Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?

Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?

Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?

Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?

Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?

Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?

Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?

Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?


Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka"

Wallahualam.
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: