Aids/HIV??


Assalamualaikum wbt..sekadar luahan hati..

Baru sekejap tadi saya telah dijemput ke majlis kempen HIV/Aids di main hall. Inputnya yang begitu mendalam disampaikan oleh seorang Doktor pakar Hiv dan Aids. Segala gambar yang dipaparkan di dalam ceramahnya menyedarkan kita betapa pentingnya masalah Aids/HIV dalam masyarakat sekarang nie. Dalam masyarakat sekarang nie setiap hari ada 10 kes yang melibatkan HIV/Aids.Tetapi dalam penyampaiannya yang panjang lebar tu,rasa tidak cukup point2 yang diberi untuk "merawat" masalah2 ini daripada terus berlaku kerana Islam adalah cara yang terbaik untuk merawat masalah ini.


Islam adalah agama akhir zaman yang bersifat sejagat dan mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat pada zamannya. Penyelesaian yang diberikan Islam biasanya sesuai dengan fitrah kemanusiaan, sebab Islam adalah agama fitrah. Ertinya tidak ada satu pun ajaran Islam itu yang akan bertentangan dengan naluri manusia. Seks sejenis yang menjadi antara
punca Aids, sebenarnya ianya bukanlah tabiat baru dalam sejarah peradaban umat manusia.
Al-Quran sudah mengungkapkan bahawa peristiwa ini pertama kali berlaku pada
zaman Nabi Luth.


Firman Allah bermaksud: "Dan ingatlah ketika Luth berkata: Sesungguhnya kamu benar-benar telah mengerjakan perbuatan yang sangat keji dan belum pernah dilakukan oleh seorang pun daripada umat sebelum kamu." (Surah al-Ankabut, ayat 28). Berdasarkan ayat di atas, seks sejenis baik sesama lelaki atau homoseks dan sesama wanita atau lesbian pertama kali berlaku pada zaman itu.

Akibat perbuatan itu Allah menurunkan bala dan bencana kepada mereka sehingga bumi Sadom (tempat tinggal umat Luth) luluh bagai padang jarak padang tekukur. Peristiwa ngeri ini diulang beberapa kali dalam al- Quran seperti dalam surah al-A'raf, ayat 80-84; surah Hud, ayat 77-83; surah al-Hijr, ayat 59-77.
Ayat al-Quran yang membincangkan peristiwa ini pada akhirnya meninggalkan pesan kepada seluruh umat manusia bahawa perbuatan di luar tabiat kemanusiaan itu hanya akan menimbulkan bencana buruk terhadap diri, masyarakat dan alam semesta. Pada zaman Nabi Luth perbuatan ini dibalas oleh Allah dengan bencana berupa kehancuran alam, maka pada zaman ini, ia timbul kembali dalam bentuk penyakit yang disebut Aids. Apabila tabiat buruk
ini masih dilakukan, maka pada masa akan datang bencana yang lebih dahsyat pasti akan datang. Al-Quran tidak hanya menceritakan sejarah yang pernah berlaku pada umat terdahulu yang memiliki hubung kait dengan keadaan hari ini saja. Malah, kitab suci ini juga memberikan jalan keluar terhadap permasalahan itu.

Kebiasaannya ayat yang membicarakan mengenai seksa, akan disertai dengan ayat yang menyuruh untuk bertaubat. Ayat yang menerangkan unsur kebinasaan selalu diiringi dengan ayat yang menunjukkan perbuatan kebajikan. Ayat yang memberi maklumat mengenai khabar takut akan diiringi dengan ayat yang menyampaikan khabar gembira.

Ertinya, al-Quran bukan hanya maklumat, malah pemberi jawapan terhadap sesuatu permasalahan. Kitab suci ini bukan hanya menunjukkan racun, tetapi mengiringinya dengan ubat atau penawarnya. Al-Quran bukan hanya menunjukkan kejahatan, tetapi juga menyampaikan kebaikan. Al-Quran bukan hanya menggambarkan pedihnya seksa dalam neraka, malah menceritakan nikmat balasan dalam syurga.

Di sinilah salah satu kemukjizatan al-Quran sebagai huda (petunjuk), furqan (pemisah), rahmah (kebaikan) dan bayyinat (penjelasan). Begitu juga sebagai basira (pembawa khabar gembira) dan nazira (pembawa khabar takut) hingga kitab suci ini menjadi panduan yang sangat lengkap. Dalam masalah Aids, Islam memberikan tuntutan bagi menghindarkan penyakit ini bermula dari peringkat pencegahan, pengubatan mahupun sokongan terhadap pesakit yang berada pada peringkat kritikal.

Dari aspek pencegahan, Islam memberi sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk mencegah Aids. Iaitu kembali kepada kemurnian institusi pernikahan dan menghindarkan diri daripada semua bentuk kemudaratan. Kemurnian pernikahan adalah memelihara keluhuran institusi perkahwinan hingga tidak ada istilah seks sebelum nikah dan seks tanpa ikatan pernikahan.

Dalam Islam perkahwinan mesti dilakukan oleh suami (lelaki) dan isteri (perempuan). Islam tidak mengenal adanya pernikahan sejenis, seperti dituntut pihak tertentu di Barat. Perbuatan itu adalah di luar tabiat insaniah dan sangat tercela hingga akan memusnahkan nilai kemanusiaan dan menghancurkan peradaban manusia itu sendiri. Dari sudut lain,
perbuatan itu akan mengheret manusia kepada kehancuran seperti yang pernah diterima
oleh umat Nabi Luth dan penduduk kota Sadom.

Pernikahan adalah ubat bagi tubuh dan jiwa manusia. Maka wajarlah apabila Rasulullah menyatakan bahawa: "Pernikahan itu adalah setengah daripada agama." (Hadis riwayat Baihaqii) dan "Pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari aspek psikologi, pernikahan akan membawa ketenangan, kebahagiaan dan kematangan hingga seseorang akan dapat berfikir lebih positif dan lebih dewasa. Anak dan keluarga daripada pernikahan akan menjadi penyejuk hati sehingga menimbulkan keindahan hidup yang membuat seseorang tidak perlu mencari kebahagiaan di luar rumah.

Apabila institusi pernikahan ini dijaga dan dipelihara maka pelbagai bentuk seks yang terlarang akan terhindar. Selamatlah manusia dan generasinya daripada salah satu penyebab timbulnya penyakit yang digeruni ini.


Penyebab utama kempen pencegahan Aids gagal kerana penyelesaian yang diberikan tidak menyentuh akar permasalahan. Kempennya bukan melarang seks bebas dan seks sejenis, tetapi hanya menyarankan untuk melakukan seks selamat dengan menggunakan kondom. Ini tentu tidak akan berjaya, sebab menurut penyelidikan ternyata kondom tidak dijamin dapat menahan virus Aids. Pada sudut lain, mungkin perbuatan itu dapat menahan kelajuan virus Aids, tetapi perbuatan buruk yang diharamkan agama ini tidak mustahil akan melahirkan virus atau penyakit yang lain yang lebih berbahaya daripada Aids. Oleh itu, kempen seks selamat tidak mencukupi untuk mencegah Aids, yang terpenting adalah menyelamatkan institusi perkahwinan yang sudah sering tercemar.

"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"
Category:
Reactions: 

2 tautan hati:

Hanif Amir said...

Saya bersetuju dengan pandangan sdra. Namun begitu, HIV/AIDS yang begitu membarah dalam struktur masyarakat dunia tidak hanya dijangkiti oleh masyarakat Islam. Ramai penganut agama lain juga yang turut sengsara disebabkannya.

Bagaimanakah Islam boleh dijadikan panduan dalam keadaan masyarakat barat yang menafikan kebenarannya? Tentunya mereka tidak akan menganut Islam semata-mata untuk mengelakkan diri daripada penyakit ini memandangkan seks bebas dan aktiviti-aktiviti seksual lainnya merupakan agenda utama kehidupan mereka.

Mohon pandangan.

HafizuddinPirus said...

Memang tidak dinafikan.Umat lain memandang Islam ini suatu agama yang "pelik" dari segi lahiriah dan implementation nya.

kerja kita sebagai seorang Muslim hanya menyampaikan.terpulang kepada mereka hendak terima atau tidak.Hidayah hanya Allah sahaja yang beri.

Secara teorinya,seorang manusia nie akan kembali kejalan kebenaran apabila sesuatu yang buruk telah menimpa dirinya..

Wallahualam bswb