Hati ku merindui Nya

Bismillahirrahmannirahim...

Assalamualaikum W.B.T

Erm dah lama tak update blog..maklum lah busy sangat hal2 duniawi nie.kadang2 manusia nie tidak akan lari dari kelalaian..tapi tak ape,kita guna kan dunia nie sebagai jambatan ke akhirat..


Ok kali ini ape yang ingin saya share di PemudeKahfi ni ye?ermm


semalam adalah hari paling best sebab ada 4 kelas,jadi siape lah yang tak rase seronok kelas 8 jam.betul tak?


Setelah balik je dari kelas tiba2 terdetik didalam hati nie merindukan sesuatu..tapi tak tahu lah ape yang dirindukan itu.mungkin hanya perasaan sahaja.Lepas tu boring2 bukak lah laptop 33sekupang ku..buke lah internet,lepas tu search2 kat youtube,ingat nak tengok cerita sang murabbi tapi rasa tak ada feeling kalau tengok trailer je.kena tengok full cerita,baru ade feel.Erm ingat nak pinjam CD kat seorang kawan nie,tapi segan pulak.hehe..sedang boring2 duk kat youtube,tersearch pula satu movie nie..cerita ni memberi kesedaran tentang betapa pentingnya cinta kita kepada Tuhan..


kali nie saya nak share satu video mengenai sumaiyyah...SUMAYYAH??...siapakah beliau ye?..

jap before that cube hayati dulu lirik ni..have a nice reading..~,~...(cuba baca dengan berlagu)

Sumaiyyah (Hati Seorang Mujahidah)

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Masih ingatkan kalian?..

Sumaiyyah binti Khaiyyat, seorang wanita syahidah pertama dalam Islam yang juga hamba kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi di bawah naungan Bani Makhzum. Beliau telah berkahwin dengan Yasir bin Amin Al-Ansi dan dikurniakan seorang anak bernama Ammar bin Yasir.Kalau nak diceritakan tentang pengorbanan beliau dalam menegakkan agama Allah memang tak ternilai..subhanallah..(jahilnya diriku.. ~,~).. jom~..mari kita ikuti video kat bawah ni..hehee~…




Haa, dah saksikan video tersebut..subhanallah…betapa mantap nya aqidah
Sumaiyyah even Abu Jahal menghina dan mencerca Sumaiyyah dan turut sama menyeksa Sumaiyyah..ishh3~~..bagaimana pula dengan kita?..cuba bayangkan kita jadi wanita yang pakai baju biru tadi..nyawa kita di hujung tanduk dan ape yang kita nak buat kalau kite berada di tempat sumaiyyah..huhuuu~….


Actually, after Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada, anak mereka, Ammar dipaksa menyebut nama – nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa (cube kita bayangkan kalo kita jadi Ammar..sanggupkah kite?...), Ammar terpaksa ikut kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama – nama berhala tue. Tapi…Ammar hanya menyebut di lidah semata – mata tetapi di hatinya terus memuji Allah (Ya Allah…)…Dalam keadaan darurat camni, Ammar terpaksa memilih antara ‘rukshah’ dan ‘azimah’. Musyrikin Mekah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka. Rupenye tidak sama sekali..^,^..alhamdulillah...

Lepas Ammar dilepaskan daripada seksaan, beliau pon menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan la perbuatannya tu..

Rasulullah bertanya, “Bagaimana dengan hatimu?”

Jawab Ammar, “Saya tetap beriman dengan Allah.”

Rasulullah s.a.w membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih ‘rukshah’.

Alhamdulillah…^,^… Jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni syurga Jannatun Naim menjadi perangsang kepada kita.Keteguhan dan ketabahannya meneguhkan iman di dada tanpa menghiraukan nyawa harus dijadikan contoh..Cube kita renung balik. Tatkala kita diberi sedikit ujian, cepat nya mengeluh..soalan yang sering diajukan pada diri sendiri, “kenapa aku?”.. “why me?? not other??”…huhuu~


Emm..semoga kisah ni menjadi pengajaran kepada kita semua. Jika digabung kesemua wanita yang memiliki sikap dan sifat cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk kemuliaan dan pengiktirafan buat mereka, pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan seorang wanita yang beriman seperti Sumaiyyah dan wanita-wanita lain pada zaman Nabi yang mempertaruh nyawa dan diri demi Islam..bagaimana dengan kite??..hmm.thinking ~,~..….


Dalam konteks kita sebagai pelajar pula,di manakah pengorbanan kita terhadap Islam?Adakah sekadar bersekang mata di depan buku2 calulus(contohnye la) atau adakah sekadar untuk mendapat result yang molek2 belaka??"Tepuk dada tanya selera".mari lah sama2 kita beriltizam dalam diri dan menggerakkan hati2 ni supaya terus berjihad dalam menegakkan Syiar Islam di dunia nie..


sekadar perkongsian bersama dan ingatan buat diri ini yang sudah lama tak update blog.. moge2 usaha saya dalam perkongsian ini dirahmati Allah(mungkin juga pengorbanan untuk addin kita), insyaallah...wallahualam…

"Islam Is The Way Of Life"
Category:
Reactions: 

0 tautan hati: