Apabila sudah lame tak menaip..inilah harapannya..

Maaf buat sahabat2 semua... saya tak berkesempatan menisi blog ni dengan perkara yang berfaedah...

Hakikatnya apabila kita menulis atau mengatakan tentang sesuatu.. sewajibnya kata-kata selari dengan amalan...

Apabila jari-jemari ini mengetuk suis-suis papan kekunci..mengeluarkan kata-kata tanpa suara... hati amat berharap pada amalan...

Bila saya muhasabah...merujuk...melihat kembali catatan-catatan suatu ketika dahulu.. hati terdetik..

beginikah aku? seolah-olah terasa apa yg dilahirkan terkadang lahir daripada perasaan pada ketika itu..

mungkin ketika itu hati amat berhajat kepada yang tinggi.. hajat dan harapan yg tinggi menuju Ilahi...

Mungkin di suatu ketika, terasa amat berat untuk melahirkan rasa hati... kerana dirasakan rasa hati itu tidak selari dengan rasa iman...

Terasa perasaan keimanan terpancar melalui pancaindera yang lima... Fenomena kemerosotan iman melanda? Satu persoalan muncul...

Walau bagaimana pun, perjalanan menuju Ilahi perlu diteruskan... bekalan sentiasa dicari...

dibeli dengan harga yang mahal... kerana tujuan dan matlamat amat tinggi nilainya...

Wallahualam..

Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: