Bulan Ramadhan,Bulan Ujian..

Nasihat seorang pemuda di Bulan Ramadhan^_^


Wahai adik2,abang2,kakak2,sahabat2 dan sahibah2 sekalian,dibulan Ramadhan ni bermacam2 musibah yang menimpa orang islam yang berpuasa,bermacam-macam penyakit yang datang.ada yang cirit birit,loya tekak,demam,sakit perut yang mencucuk2,migrain,semput dan bermacam2 lagi.ketahuilah bahawa semua itu adalah ujian tuhan untuk mendidik diri kita dibulan yang penuh barakah ini.

Marilah kita mengungkai kembali sirah2 Rasulallah SAW dan para sahabat seperti kisah di peperangan Badar El-Kubra.Peperangan Badar adalah diantara peperangan dimana umat islam sedang berpuasa.Majoriti umat islam masa tu memang sangat sedikit berbanding dengan golongan musyrikin.tetapi dengan kuasa Allah,umat Islam telah menang besar.Inilah kemenangan agung pertama pejuang-pejuang islam menetang kemusyrikan dan kebatilan.Antara faktor2 kejayaan umat Islam di perang Badar ialah kerana kesabaran dan tawakkal mereka terhadap ujian Allah swt.Kekuatan orang yang berpuasa ini adalah sangat luar biasa.


Mari kita cuba mengamalkan cara2 ikutan kite iaitu Rasulallah saw ketike berpuase.cara2 baginda begitu sempurna dan merangkumi segala aspek dalaman dan luaran kehidupan.dimana disana tiada sedikit pun cacat celanya.

Perhatikanlah cara dan kerenah orang(zaman sekarang) sebelum dan selepas berbuka puasa setelah seharian berpuasa.Cara kanak berbeza dengan dewasa manakala cara lelaki beza dengan wanita.

Sebelum berbuka

Bermacam2 karenahnya.Ada yang bertadarus Al-Quran,ada yang ziarahi bazaar sambil menghirup udara+bau2an yang 'segar',ada pula yang tidur sebab sakit perut terlalu banyak na makan masa sahur,ha ni ada pula yang dah setting tempat makan awal2 kat masjid(maklumlah kat masjid ada makan free,kalau tak cop awal2 tak dapatlah makan) dan ada pula berjaya mengalahkan musuh di medan perang(main game counter strike dan battlefield).jadi mana satu yang menepati syariat Islam yang sebenarnya??


baca Al-Quran

lelap sekejap sementara tunggu berbuke


counter terrorist win

Jalan2 hirup udara segar di bazaar Ramadhan


Jadi amalan yang paling baik sebelum berbuka ialah membaca Al-Quran atau pun berdoa.Diantara masa2 yang paling mustajab dan makbul untuk kita berdoa ialah sebelum nak dekat2 masuknya waktu berbuka.masa inilah antara waktu yang paling sesuai untuk kita memohon rahmah,kekuatan,perlindungan dan kesihatan yang baik dibulan Ramadhan ini.Jadi beruntunglah orang yang banyakkan berdoa sebelum berbuka.

Semasa berbuka

Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang.
Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang.

Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?

Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia.

Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan.

Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami sakit kepala, lenguh badan,sakit perut(mencucuk2) dan demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Kaedah terbaik ketika berbuka:

1.Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.

2.Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

3.Makan makanan yang senang hadam dan kurang kan makanan berminyak,berempah dan 'podeh'.

4.Kurangkan kadar makanan daripada biasa.

5.Jangan minum air sambil makan.InsyaAllah jika makan secara perlahan-lahan,masalah tercekik tidak berlaku

6.Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Akhir kalam,selamat menyambut Ramadhan el-Mubarak kepada seluruh umat Islam.semoga puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas.InsyaAllah..
p/s: kepada adik,abang2,akak2,sahabat2 dan sahibah2 yang ada pengetahuan yang lebih tu boleh lah tambah,komen dan share demi untuk menyempurnakan lagi ibadah puasa kita disamping dapat menjana kesihatan yang baik di bulan ramadhan ni.

Wallahualam..
Category:
Reactions: 

0 tautan hati: