Ade Ape Dengan Kurma??



(Jangan tertipu,ini Bukan pokok kelape sawit ye)

HA dengar ni,ana nak membongkar rahsia2 disebalik buah kurma.Buah kurma atau in arabic language nye dinamakan sebagai tamar iaitu tergolong didalam keluarga pheonix,Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

kite lihat Buah kurma ni memang sangat sinonim dengan Bulan Ramadhan.bile ingat Ramadhan je,mesti ingat kurma..kan kan??Nak berbuke je mesti ade kurma.Betul tak?? Kata orang tanpa kurma berbuka puasa seperti ada yang kurang.Ade pulak tu yang boleh tibe2 je lelah tanpe kurma.

Kurma ni pula boleh dijadikan sebagai lauk kalau tiada lauk lain.seperti makan nasi putih/beriyani dengan kurma..ermmMMMm memang sedap!cube lah^_^(mule2 tu memang tak biase tapi lame2 erm ketagih juge dibuatnye.hehe)

Khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam buah kurma begitu besar malah ia terkandung di dalam al-Quran, hadis dan juga terbukti secara saintifik...

KISAH BUAH KURMA DI DALAM AL-QURAN




Dalam Surah Maryam ayat 25
" Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya dan ia gugurkan atasmu kurma yang masak "

Dalam Surah Al-Mukminun ayat 19:-

" Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan "

KISAH BUAH KURMA MENURUT HADIS PARA NABI

Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:

" Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)"

Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:

" Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya "

Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,

" Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka"

Rasullallah s.a.w pula bersabda, " makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut"


KAJIAN AHLI SAINTIS


Ha Menurut hasil penyelidikan para saintis pula, buah kurma ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Unsur ini adalah amat penting bagi membentuk atau menghasilkan susu ibu. Ia juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sum-sum tulang.

Kebanyakakn kurma mengandungi gula glukosa( sejenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa ( jenis gula yang terdapat dalam sebahagian besar tumbuh-tumbuhan). Ia juga mengandungi banyak mineral penting seperti magnesium, potasium, dan kalsium. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma pula berfungsi melawaskan usus dan mengaktifkannya secara langsung untuk mempermudahkan proses pembuangan air besar. Kurma juga merupakan makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.


Wallahualam..



Category:
Reactions: 

0 tautan hati: