Perjuangan Islam Bukan Bermusim


Assalamualaikum w .b.t.

Sahabat/h yang dikasihi di atas jalan dakwah dan tarbiyah…

Dalam seminggu dua ini banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku di Malaysia yang memberi impak kepada halatuju negara kita di masa hadapan. Kehangatan isu-isu semasa yang seringkali dimainkan dan disebarkan masih lagi terasa. Disana ada kenikmatan anugerah Tuhan dan ada pula ujian untuk menguji keimanan umat. Namun dalam kita mensyukuri sesuatu nikmat terkadang kita tenggelam dalam nikmat tersebut, sedangkan boleh jadi nikmat tersebut merupakan suatu ujian besar bagi kita.

Bukalah akhbar manapun pada hari ini, sudah tentu majoriti berita yang dipaparkan adalah perkara yang sama. Saya tidak bermaksud bahawa ia merupakan suatu kesalahan, namun saya sekadar mengingatkan diri saya supaya jangan terleka dari tugas hakiki yang panjangnya sepanjang adanya denyutan nadi pada diri seseorang.

Ketika kita menyusuri kehidupan hati kebanyakan masyarakat kita pada hari ini, pasti kita temui di sana terlalu banyak hati yang telah mati. Hati mereka gersang dari hembusan bayu hidayah dari langit. Paling tidak kita akan temui hati yang cacat, berpakaian compang-camping dan bersalut lumpur zulumat. Ketika itulah baru kita memahami apakah masalah sebenar umat di zaman serba moden ini. Namun doktor sakit iman ini siapa? Nak cari di mana?

Marilah kita menyorot kembali sirah pemimpin tercinta Rasulullah s.a.w dalam konteks beliau membangunkan “khaira ummah”. Sebelum Islamnya Umar, Abu Bakar, Abdullah Ibnu Ma’sud, Bilal dan sahabat-sahabat yang lain, siapakah mereka? Lalu berkata saiyidina Umar al-Khattab “Kita adalah umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari islam sebenarnya dia telah mencari kehinaan”. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bemaksud;

“Sekiranya ditimbang keimanan Abu Bakar dengan seluruh manusia, nescaya timbangan Abu Bakar lebih berat”

Dengan keimanan yang tinggi itulah Allah memuliakan mereka dan meninggikan darjat mereka. Seterusnya Allah membersihkan mereka dari sifat-sifat jahiliyah dan dosa yang membelit hati mereka. Lalu mereka muncul sebagai insan yang hebat melalui proses dakwah dan tarbiyah Rasulullah s.a.w.

Justeru marilah kita mentafsirkan sejarah ini sekali lagi dalam realiti kehidupan umat yang berlumba-lumba untuk kembali ke zaman jahilyah. Ayuhlah kita pimpin mereka untuk mara kehadapan, iaitu kearah keampunan dan rahmat kasih sayang Allah s.w.t.

“Ayyuhal Ikhwah, antumurruhul jadid, fi jasadil ummah”

Nukilan,
Ibnu Mohammad
Category:
Reactions: 

0 tautan hati: