Mencari Handzalah..














Anda pernah mendengar kisah sahabat Rasulullah SAW yg bernama Handzalah? Seorang pemuda yang meninggalkan isterinya di malam pernikahan kerana menyahut seruan jihad dan akhirnya syahid di medan juang. Sebaik saja perang berakhir, Rasulullah SAW dan para sahabat merasa hairan melihat jasad Handzalah yg basah kuyup kerana dimandikan para malaikat. Apabila ditanyakan kpd isterinya, beliau memberitahu bahawa Handzalah tidak sempat utk mandi junub sebelum berangkat ke medan perang. Betapa besarnya cinta Handzalah pada Allah hinggakan sanggup meninggalkan isterinya di mlm pertama. Dan betapa tabahnya hati si isteri demi cintanya pada Allah dan RasulNya, merelakan pemergian suaminya ke medan jihad walaupun sedar risiko yg bakal ditanggung. Hebatnya cinta para sahabat pd zaman Rasulullah SAW terhadap Allah, Rasul dan Islam, bukan?
Cuba kita lihat realiti hari ini, masih wujudkah pasangan suami isteri yg sanggup melakukan pengorbanan yg sedemikian besar? Jangankan pergi berjihad, hatta suami keluar 2-3 hari pun sang isteri sudah mula bising & bermasam muka. Apatah lagi bila si suami mahu keluar berdakwah di jalan Allah. Melafazkan kata-kata sememangnya mudah kerana penulis masih belum berpengalaman. Tetapi apabila difikirkan sedalam-dalamnya, sanggupkah suatu hari nanti anda dan sahabat semua melakukan pengorbanan sepertimana yang telah dilakukan oleh isteri-isteri para pejuang dahulukala? Tidak perlu pergi terlalu jauh, cuba kita lihat isteri-isteri para pejuang di Palestin. Anda pernah terbaca coretan balu as-syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi ttg suaminya, stlh Allahyarham syahid dibunuh yahudi laknatullah? Kepada sesiapa yg pernah membacanya, tentu akan kagum dgn semangat yg ditunjukkan oleh si isteri. Tabahnya hati seorang wanita, menjadi tulang belakang pada suaminya utk terus berjuang. Mereka bercita-cita utk syahid bersama-sama, tetapi ditakdirkan akhirnya si suami yg pergi dahulu menyahut seruan Allah SWT. Begitulah cth seorang isteri yg solehah, amat payah untuk ditemui pada dunia hari ini.

Kita selalu berdoa agar dikurniakan suami yg soleh, beriman dan bertaqwa. Seorang suami yg sanggup berjuang di jalan Allah. Tetapi cuba muhasabah diri kita, sanggupkah nanti kita menghadapi risiko menjadi isteri kpd seorang pejuang. Sejauh mana mental kita sudah kita siapkan utk melepaskan suami ke medan dakwah; akan merungutkah kita? Bagaimana pula jika ditakdirkan suatu hari nanti suami kita dipenjarakan bertahun-tahun, apakah kita sanggup terus berada di belakangnya? Cuba kita lihat, betapa tabahnya hati isteri-isteri tahanan ISA di Malaysia ini (sekadar contoh..) Melihatkan keadaan mereka yg saban hari ke sana ke mari bersama-sama anak yg masih kecil, timbul rasa kasihan. Tetapi atas keyakinan memperjuangkan sesuatu yg haq, mereka redha. Bagaimana pula dgn kita?

Sejarah tlh melakarkan, pejuang kebenaran takkan melalui jalan yg mudah. Hakikat perjuangan mmg pahit, kerana syurga yg Allah SWT janjikan itu amat manis. Hari ini andainya kita mahu membeli rumah yg besar dan tersergam indah pun sudah memakan harga beratus ribu ringgit. Hinggakan berpuluh-puluh tahun pun kita masih blm mampu utk menyelesaikan hutang rumah. Inikan pula harga syurga Allah yg di dalamnya penuh dgn kenikmatan yg tidak pernah terbayang oleh mana-mana manusia. Betapa mahal lagi harganya, kadangkala terpaksa dibayar dgn nyawa sendiri mahupun nyawa insan yg kita kasihi. Terpaksa mengorbankan segala harta benda yg kita miliki. Tetapi percayalah, jika kita redha pd Allah, Allah juga akan redha pd kita. Bukankah keredhaan Allah adalah kurniaanNya yg paling besar buat seorang hamba yg dhaif spt kita semua? Andai Allah SWT redha pd kita, maka berbahagialah kita di dunia dan akhirat.

Akhirul kalam, sebelum mencari Handzalah di zaman yg penuh mehnah ini, marilah kita muhasabah semula diri kita. Sejauh mana kita sanggup berkorban demi cinta kita kpd Allah SWT dan RasulNya? Kita impikan pasangan yg soleh, tetapi bagaimana pula dgn diri kita, cukup bersediakah? Ingatlah, persandaran makhluk hanyalah pd Allah SWT. Apabila kita yakin dgn perancangan dan ketentuanNya, insya Allah.. Dia takkan sesekali menghampakan kita. Yakinlah, setiap janji Allah adalah benar..

Wallahualam....
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: