KEMBARA ILMU


Assalamu’alaikum wbt

Kepada semua peserta yang akan mengikuti program “Kembara Ilmu”,

Tahniah kerana berpeluang untuk bersama rombongan kami dalam penjelajahan bagi merehatkan minda dengan menikmati keindahan Bandar Kuala Lumpur menerusi pengembaraan ilmu yang kami anjurkan.

Ingin dimaklumkan bahawa destinasi ilmu kita sebelum ini ke IKIM akan berubah kepada tempat yang lebih menarik iaitu, lawatan ke Yayasan Restu atau Kompleks Taman Seni Islam Selangor.

Maaf atas pembatalan lawatan ke IKIM yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik peserta-peserta untuk berkumpul di Roundabout MMU Melaka pada 17 Ogos 2008, Ahad ini, pada pukul 7.00 pagi.

Tentatif Lawatan adalah seperti berikut:

7.00 pagi: Semua peserta berkumpul di Roundabout MMU
-Briefing

7.30 pagi: Bertolak ke destinasi

- Bacaan Doa

- Sarapan disediakan

10..30 pagi: Lawatan ke Muzium Kesenian Islam “Tour de Museum”

Pameran: “ Beyond Orientalism: How the west was won by over by Islamic Art”

12..30 Tengah Hari: Solat Zuhur Berjemaah dan Makan Tengah Hari

2.15 Petang : Bertolak ke Yayasan Restu

3.00 petang : Lawatan ke Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor

5.00 petang : Bertolak pulang ke Melaka

Pakaian : Formal
Muslimin - Kemeja atau t-shirt berkolar
Muslimat - Baju kurung digalakkan

Sebarang pertanyaan atau makluman boleh hubungi:

Ahmad Hafizuddin Bin Abdullah Pirus
017-6203812
firz_zapple89@ yahoo.com

atau

Siti Suraya Binti Abd Razak
016-7311730
alsuraya87@yahoo. com

Semoga kembara ini memberi manfaat kepada semua dan memberi pengalaman baru buat yang menyertai supaya dapat dikongsi bersama bersama teman-teman yang tak dapat mengikuti. Insya Allah. Syukran

Wassalam.

Category:
Reactions: 

0 tautan hati: