Hakikat Kehidupan

Jam tangan telah menunujukkan jam 6.30 petang,oh sudah tiba masanya untuk ke pasar malam yang setiap minggu diadakan tidak jauh dari kawasan rumahku ni.umi ku menyuruhku membeli apam balik dan roti john kerana ini memang sudah menjadi makanan kegemaran keluargaku setiap minggu.aku pun membuka tali rantai basikal buruk ku.aku tiup kotoran2 yang melekat di basikal ku ini kerana sudah lama tidak pakai.tiba-tiba hati sanubariku ku mengeluarkan suatu perasaan yang aneh sekali.aku menjadi merasa malu dengan basikal ku ini.Aku sedar keluargaku tidak lah sekaya mana.hanya kadaran sahaja.Dengan hati yang tabah,aku pun mula bertolak ke pasar.

sesudah nya sampai di pasar,macam biasa aku akan start dari bahagian depan sekali.aku mula berjalan dari satu gerai ke gerai yang lain.perjalanan yang memakan masa selama 30 minit itu telah memberi satu kesedaran pada diriku.ianya menyentuh dan mengetuk-ngetuk pintu kalbuku yang selama ini tidak menyedari hakikat sebenar realiti kehidupan ini.

apabila aku lalu di suatu kawasan itu,aku terdengar suatu lagu nasyid yang didendangkan.suara nya yang begitu indah sekali menyebabkan reaksi langkahku menjadi perlahan dan semakin perlahan kemudian aku terus berhenti.hatiku menjadi begitu tawar dan bagai mengeluarkan satu 'signal' pada diriku.


















Dihadapanku ini terbaring sekujur tubuh peminta sedekah yang begitu dhaif sekali keadaannya.pakaiannya yang koyak,rambut nya yang tidak terurus,matanya yang berair dan tempat tidur adalah diatas helaian kertas yang kotor.aku menjadi kaku dan tidak terkata apa-apa.aku terus mengeluarkan sedikit wang dan kemudian aku masukkan didalam koceknya.aku melihat ditangannya sedang memegang erat sehelai gambar.Aku duduk disebelahnya bertanya mengenai gambar tersebut.kemudian dia menceritakan kisahnya.

Kerdip mataku mula mengeluarkan tetesan air.hati ku merasa begitu kecil sekali.dunia yang terasa besar ini aku rasa begitu kecil sekali.Diri ku yang terasa kecil ini rupa-rupanya masih ada lagi yang begitu kecil.rupa-rupanya gambar yang dipegang itu adalah gambar anak-anak dan isterinya.Isteri dan anak-anaknya telah meninggalkan dia kerana dirinya yang miskin(Bankrup) dan tidak mampu mengikut kehendak isterinya yang mata duitan.Isterinya kahwin lain dengan lelaki yang kaya.manakala anak-anaknya sedang menyambung belajar di Oversea.peristiwa dan kenangan 30 tahun itu masih lagi terpahat dihati orang tua itu.Apa yang aku tidak boleh terima apabila anak-anaknya sudah tidak mengaku bapanya sendiri.

Ya Allah kenapa masih ada hati2 yang begitu keras sekali.Sehingga bapa sendiri tidak mengaku bapa.Aku mula teringat peristiwa di mana Rasulallah SAW mula dalam keadaan yang begitu dhaif,dengan bantuan isteri dan anak2 yang tersayang,dengan izin Allah,menyenangkan Baginda untuk melakukan kerja2 Islam.Masih adakah lagi Siti Khadijah di bumi ini.Di manakah saidatina Aisyah yang dicari-cari.yang sanggup berjuang bersama-sama suami walau dalam keadaan senang atau susah.

Aku memegang tangan orang tua itu dengan begitu erat.Dengan penuh perasaan kasih sayang,aku menggosok2 belakangnya.Tangan nya terketar2 bagai tidak pernah dapat kasih sayang dari seorang anak.Air matanya mula mengalir.Hati kecilku bersyukur kehadrat ilahi kerana walaupun keluargaku miskin tetapi kasih sayang tetap terjalin.

Jam tanganku menunjukkan jam 7 malam.aku kemudian memeluk bahunya dengan seerat-eratnya. Aku harap aku akan bertemu lagi dengan orang tua itu.Aku meneruskan perjalanan ke gerai untuk membeli makanan yang disuruh oleh umi ku.

Sedang dalam perjalanan pulang,hatiku aku berterima kasih kepada Allah swt tentang hakikat kehidupan yang sebenar.Ianya betul-betul menyedarkan aku bahawa hidup ini kadang2 naik dan kadang2 turun.Semua itu adalah ujian dari Allah kepada hamba-hambanya.Sekali lagi aku merasa bersyukur kepadaMU Ya Allah.

Kesimpulannya: Ku berasa bangga dengan basikal burukku.walaupun basikal buruk,ianya tak menggugat kebahagiaanku..sesungguhnya aku bersyukur pada-MU..
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: