Sang Gunung

Bismillahirobbil a'lamain wassolatu wassalamu alaa rasulil amin wa alaa a'alihi wasohbihi ajmain.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana masih lagi memberikan kita sebuah ruang masa yang seringkali kita alpa akan nikmat yang sangat bermakna buat diri kita, seseorang hamba. Selawat dan salam kepada junjungan mulia, "Muhammad Bin Abdullah", seorang panglima, seorang hamba yang mulia, akhlak dan peribadi nya sangat luar biasa, dari masyarakat yang jahiliyyah sehingga terbit kerajaan Islam yang gah di mata dunia dan tidak lupa kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah.

Minggu nie minggu rahmat dan barokah, ada dua jemputan walimah! Barokallahulakuma kepada mempelai yang telah disatukan tadi^^. Namun kedua2 jemputan tidak dapat di hadiri. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt. InsyaAllah. Syaitan bisik di telinga "apa lah kahwin awal sangat, enjoy2 lah dulu", balas ku di hati, "patutlah mu tak kahwin2, tak ada perasaan ke apa"? huh!

Kadang-kadang syaitan seringkali menggoda ke arah yang kita was-was, namun keyakinan pada Allah itu sentiasa harus kuat, mudah-mudahan diberi barokah di dunia dan di akhirat.

Mengikut tahun masihi, masuk bulan december, umurku kini sudah mencecah 22 tahun. Setiap hari semakin bertambah umur ini, bukan semakin lama kehidupan, tapi semakin dekat dengan kematian . Iya, Bila difikirkan kembali, apalah amal yang akan menyelamatkan diri ni di akhirat nanti. Dalam keadaan suasana yang sentiasa menghimpit hati, teknologi yang seringkali menjauhkan diri dari kalam suci, kadang kala terkapai di alam mimpi, bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah syurga tapi sia-sia jika tidak dihiasi dengan hakikat iman dan islam yang murni.

Kadang kala kita sering terlupa, bahawa hidup di dunia ini hanyalah perjalanan yang sementara. Rasa bahagia yang sementara tidak sama bahagia di akhirat yang kekal selamanya. Itulah target kita seorang insan yang beriman. Dunia hanyalah wasilah kehidupan, akhirat merupakan harapan dan tujuan. Setiap manusia mempunyai ujian yang dihadapi, yang saban hari mematangkan diri. Menjadi manusia yang lebih berwaspada akan kemelut dunia adalah antara proses ke arah menjadi seorang insan yang sering mencari jalan kebaikan yang indah nan barokah.  InsyaAllah.

Minggu nie minggu yang sangat-busy, assignement, project, itulah peneman mimpi di kala malam. Semester kedua ni ada 2 hardware assignment + 2 software assignment. Pada semester lepas assignment mengenai project Infrared. transmit dan receive data. kali nie project Radio Remote Control.. ohoo.. Bak kate lecturer, Imiginasi kena tinggi, kerana penghasilan design yang baik dari imiginasi yang baik. Iya semakin tinggi imiginasi semakin pening kepala.(huhu..).

Semester ini juga sangat banyak bermain dengan signal,  digital dan analog signal. Walaupun agak susah dengan 1001 formula, namun sangat menarik sebenarnya. Kadang kala bila semakin banyak mengkaji mengenai suatu perkara, semakin rasa dekat hati dengan Allah swt.  Keyakinan yang sentiasa utuh bahawa suatu kejadian itu hanyalah di bawah takdir Allah swt.

Namun, bila terlalu susah, diri ni berasa lemah, tidur pula tidak tetap masa, hati menjadi gundah, perasaan semakin menjadi resah. Namun nasihat sahabat dan rakan menjadi penyemangat di kala diri alpa dalam kebingunan yang sementara. Masih terngiang kata-kata seorang classmate dari somalia, "Hafiz, dont worry, insyaAllah it will be fine, believe in Allah, dont worry too much". Iya itulah kata-kata seorang teman, walaupun berbeza warna kulit, namun kata-katanye yang sedikit memberi semangat yang luar biasa. cool!

Apabila banyak kerja diluar, tidur beralaskan lantai, badan menjadi sengal-sengal, makan pun tidak menentu, bila dah walimah, pasti ada seseorang yang membantu^_^. Namun, kata-kata kedua ibubapa tetap ku akur, biarlah salah seorang sudah bekerja, baru mencari pasangan. Kadang kala ibubapa lebih memahami akan keadaan diri kita, tapi kadang kala, mereka tidak faham kehendak diri seorang insan.

Kadang kala, apabila ingin memotivasikan diri supaya bersabar, jasad tetap akur, namun hati terus memberi signal hijau. Iya lebih lama bersabar, lebih banyak ujian yang dihadapi dan iman sering kali turun dan naik. Hanya manusia yang luar biasa dapat menahan dari ujian dan cobaan. Namun, hanya sanya menjadi luar biasa itu bukanlah diri kita manusia biasa, kerana kita hanya pendosa yang sering berlakon di mata manusia. Walhal tuhan itu Maha Esa, Dia tahu segala perihal kejadian hidup kita.

Dalam keadaan diri keseorang, Al-Quran sebagai pedoman, Sahabat menjadi kekuatan, di kala susah dan senang, air mata turut meghiasi lembaian sejadah sang insan, hati kian merintih akan  nasihat seorang teman, supaya diri ini lebih bersabar akan ujian. Kemelut jiwa yang menjadi pengakhiran sebuah harapan, tidak dapat di atasi dalam keadaan diri yang sangat hina di depan Tuhan, Bukanlah balasan yang diharapkan namun keredhaan-MU yang menjadi keutamaan.

Teringat akan sebuah kata seorang insan,

"Saya memberi salam kepada gunung, dan saya meminum dari aliran gunung. Saya berjalan di atas permukaannya, dan saya rasa seperti mimpi. Dan gunung ini adalah seorang Muslim, saya rasa dia seperti kawan saya, kemudian saya memanjat ke puncak, saya berharap ia tidak akan berakhir. Dan saya perlu menjadi seperti gunung, kerana iya tidak pernah sesekali mengadu.."

Iya itulah kerenah sang gunung, seorang hamba, seorang makhluk yang tidak pernah mengadu. Walaupun berbentuk begitu, dia tetap bersyukur akan kejadiannya. Kesehariannya adalah ibadah kepada TuhanNya. Walaupun diri di pijak manusia, di korek dan di tindas, dia tetap saja bersyukur.  Kerana iya tahu, hakikat kejadiaannya.

Sebagai seorang hamba Allah, kita tidak layak "complain" itu dan ini. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kita hanya merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Dalam keadaan susah dan senang, miskin dan kaya, semuanya telah dirancang oleh Dia, kerana Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri seorang hamba. Semoga Allah merancang sesuatu yang terbaik buat diri kita. InsyaAllah..

P/S : oklah, ayuh ceriakan malam ini dengan zikir dan study, kita hanya berusaha dan Allah lah penilainya, bukan lecturer saja k. ^_^

Nur Hidayah, sebuah penantian darimu..

Alhamdulillahi robbil a'lamin, wassolatu wassalamu alaa rasulil amin, wa alaa a'lihi wa sohbi ajmain.

Segala puji bagi Allah, Tuhan kami kaum muslimin, Tuhan yang sentiasa melihat akan amalan hamba2Nya. Untuk diberi pengajaran kepada setiap kelakuan sang manusia, kasih sayang Allah tetaplah sangat luar biasa, hamba yang jahat, akhirnya menjadi baik, yang baik akhirnya menjadi jahat. Namun ada pelajaran dalam setiap kejadian ciptaanNya. Penantian Hidayah dariNya, sebuah penantian yang sangat bermakna buat diri seorang hamba.


Alhamdulillah, hari ini merupakan paper test yang terakhir, setelah 4 hari berturut menempuh hari yang penuh ujian, hati tetap mencari keredhaan Tuhan. Dalam semua test yang ditempuhi, semuanya kena buat analysis. Formula mathematic menjadi keutamaan untuk menyelesaikan suatu  permasalahan. Dalam keadaan lupa, mungkin itulah kesan dari dosa, hanya doa menjadi senjata. Iya doa kepada Tuhan yang tidak pernah putus menjadi peneman dikala duka.

Di dalam bilik peperiksaan, bermacam-macam bibit muka yang menjadi penawar di kala lupa, ada yang nak terlelap-lelap menjawab soalan, ada yang tersenyum, mungkin sahaja bukan kerana senyum jawapan tapi senyum berangan(huhu) dan ada sahaja yang hendak menangis melihat soalan. Lecturer hanya melihat para pelajar supaya tidak meniru, namun ada saja yang meniru, lecturer pun tahu tapi hanya buat tak tahu. Pelajar engineering, iya itulah backgroundnya, copyright no satu, bermacam-macam gayanya. Namun sebagai seorang muslim, jujur dan amanah itu merupakan satu hikmah. Mungkin bukan pada masa sekarang, namun pasti akan menjadi di masa hadapan. InsyaAllah.

Sebagai seorang muslim, merupakan tuntutan bagi kita untuk mencari ilmu. Namun dalam mencari ilmu, perlulah mengikut asas-asas yang islam ajarkan. Mungkin saja ramai dari kita yang belajar, namun di sebalik pelajaran hanya mahukan sebuah pengiktirafan. Sedarlah wahai diri, bukanlah pengiktirafan manusia yang kita mahukan, namun pengiktirafan Allah yang menjadi satu tuntutan. Ramai saja graduate yang berjaya di dalam pelajaran sehingga mendapat kerja yang baik-baik, namun suatu masa , Allah akan mencampakkan balik kepada muka seorang hamba, kerana ilmu itu hanya keperluan dunianya semata-mata. Iya ikhlaskan diri dalam mencari dan menyampaikan ilmu. Itulah satu tuntutan. Biarlah susah mana pun ujian, hati tetap berpegang teguh pada asas islam. Iya walaupun nampak ringan, namun disisi Tuhan banyak hikmah dan pelajaran.

Di Universiti, malam-malam exam, sama seperti siang. Bermacam ragam manusia. Sangat ramai pasangan suami isteri yang belajar bersama. (ohh cemburu melihat..eheh). Kadang kala gelak dan ketawa mengambil perhatian umum, iya lawak jenaka sesama mereka membuahkan suasana yang leka kepada pasangan-pasangan yang lain. Masing-masing ingin membuat suatu yang luar biasa. Arab Iran dan Afrika pun turut menceriakan suasana. Kadang kala terlihat pasangan pelajar Indonesia yang sangat focus membaca. Iya kadang kala kita sangat suka melihat pasangan yang bahagia. Namun di Palestin, ramai saja pasangan yang hampir janda dan duda. Isteri menjadi janda, suami mempersiapkan diri, menasihati isteri supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga. Isteri sentiasa memberi buah semangat kepada suami supaya pulang dengan selamat dan sejahtera. Dengan kasih sayang Allah, yang pulang hanya pakaian suami. Iya, suaminya sudah pergi demi perjuangan islam yang mulia dan akhirnya mati di medan jihad. Subhanallah. Setiap titisan darah dan air mata seorang mujahid, melambangkan kemuliaan di sisi Tuhan yang Maha Esa. Kita masih lagi bergelak tawa, sedangkan saudara di sana menderita.

Seringkali kita merasakan, hati tidak tenteram apabila tiba saat ujian, resah di hati menyebabkan emosi sentiasa memberi kesan kepada tindakan. Senyuman yang manis menjadi sinis kemudian bertukar sadis. Iya pasti dari setiap pelajar pernah merasakan proses sedemikian. Proses yang sentiasa menjadi tabiat seorang pelajar lelaki dan lebih2 lagi pelajar perempuan. Itu lah proses daripada belajar ilmu dalam mengharapkan balasan dunia semata. Dunia sudah bertakhkta di hati, namun akhirat setiap hari menanti kedatangan seorang hamba.

Sentiasalah menjadi manusia yang bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Semenjak lahir, kita telah dianugerahkan Tuhan akan kemuliaan Islam. Didikan Islam dari sebuah keluarga menyerikan lagi rumahtangga. Kadang kala ada saja masalah di rumah, apabila sentiasa memberi peringatan tentang keindahan dan kemuliaan Islam, asas-asas islam dijaga, asas rumahtangga akan menjadi terpelihara. Namun masih ramai di luar sana yang masih tidak melihat jalan Islam. Iya hidup dalam masyarakat yang Islam tetapi tetap hati tidak mampu untuk menerima Islam. kerana tidak semua hamba yang berpeluang merasai nikmat yang mulia. hati-hati mereka yang terpilih melihat jalan ini, namun ramai yang menerima tetapi tidak melalui jalan ini.


Teringat dahulu sebuah program realiti di kampus ini, perbincangan antara 4 agama. Agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristien. Iya sebuah perbicangan dan topik yang baik. Ada yang setuju dan juga ramai juga yang tidak setuju. Yang tidak setuju kerana merasakan iya sebagai satu medium untuk orang Islam keluar Islam. Namun yang setuju kerana inilah medan untuk menyebarkan agama Islam. Iya Hidayah itu bukanlah dari penceramah tapi hanya dari Allah. Ada seorang penceramah kristian, backgroud studynya dalam PhD in "Islamic Study". Iya belajar tinggi-tinggi mengenai Islam, namun hidayah dari Allah masih lagi belum sampai ke hati. Hanya mulut yang lantang bercakap mengenai Islam, namun di hati sangat jauh dari nur Islam. Mungkin niat mencari ilmu hanya ingin mencari keburukan Islam yang akhirnya sangat jahil tentang Islam. Ramai dari kita orang Islam mencari ilmu, bukan kerana untuk Islam tapi untuk mencari keburukan Islam. Keindahan yang terdapat dalam Islam tidak pernah dilihat dengan mata hati, hanya menjadi penyeri nama dan diri.


Begitu lah putaran seorang ilmuwan, kadang kala merasa diri sudah berjaya. Iya berjaya di mata manusia belum tentu berjaya di sisi Tuhan yang Maha Esa. Kadang kala kita asyik bercerita mnegenai akad nikah, namun diri belum lagi mengkhitbah;) Niat sebelum menjalani sebuah ibadah, merupakan kunci kebahagian di alam perkahwinan, agama di jadikan asas pilihan, akhlak dijadikan sebuah sandaran, itulah medan yang sangat mengharapkan perhatian Tuhan. Kadang kala diri tidak mampu untuk menempuh dalam keadaan yang tidak sempurna iman, ujian kehidupan seringkali menarik ke alam yang penuh dengan kekukufuran. Tatkala begitu besar ujian, hanya nur hidayah yang kita harapkan...


p/s : setiap minggu ada saja majlis walimahan. Seringkali dapat jemputan sahabat2 dan teman2. Jazakallahu khair di atas jemputan. Tiada kata yang lebih manis selain, ucapan Barakallahulakuma..^_^

Ketika Cinta BerUsrah

Assalamualaikum wrh.. Alhamdulillahi robbil a'lamin wassolatu wassalamua alaa rasulillah wa alaa alihi wasohbihi ajmain.

Setinggi rasa syukur kepada Allah swt kerana masih mengizinkan kita terus menjadi seorang insan yang sentiasa dibawah rahmatNya secara kita sedar ataupun tidak sedar. Salawat dan Salam buat marketor Islam sepanjang zaman, "Muhammad Bin Abdullah", hidupnya memberikan cahaya ke seluruh pelusuk alam, bayangkan jika beliau tiada, hidup kita menjadi sia-sia siang dan malam.

Alhamdulillah minggu ini sangat sibuk dengan persediaan untuk exam yang berderet next week, walaupun ada lagi yang masih belum cover, jari  jemari yang nakal ini terus mengetuk hati si penulis untuk terus menulis. Iya rasa sesuatu yang tidak lengkap di hati jika tiada ketukan2 paksaan untuk menulis. Mudah2an ianya adalah suruhan ynag mulia.

Mungkin anda pernah membaca satu buku, "Bahagiakan diri dengan satu isteri karya Cahayadi Takariawan". Iya satu buku feveret muda-mudi dini hari. Menjadi tatapan buat yang ingin mencari calon isteri. Mungkin ada lelaki yang teringin nak kahwin lagi, si isteri boleh membelikan buku ini buat si suami. Supaya dapat menahan si suami dari berpoligami. Tapi apa salahnya jika si suami ingin mencari lagi, kerana sudah itu sunnah Nabi.;)



Ok, lupakan sejenak bab rumahtangga, ayuh masuk ke dalam alam realiti yang lebih penting buat seorang hamba. Mungkin ada sebahagian dari kita yang tidak tahu apa itu Usrah? Apa itu halaqah circle dan sebagainya. Iya kerana mereka tiada yang di ajak untuk bersama. Bismillah..

Hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Dalam kehidupan yang Allah beri, pasti ada tanggungjawab yang diberi. Sebuah tanggungjawab yang menjadi persoalan di akhirat kelak menjadi suatu yang pasti. Tanggungjawab seorang hamba ialah mencari keredhaan Tuhannya. Tanggunjawab seorang anak ialah menghormati dan menyayangi Ibubapanya. Tanggungjawab seorang Suami ialah mengasihi isteri2nya manakala tanggunjawab isteri ialah taat pada suaminya. Tanggungjawab seorang pelajar ialah menghormati guru2nya dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai seorang hamba, menjadi kewajipan untuk kita taat pada perintahNya walau dengan apa dan bagaimana cara sekalipun. Ketaatan merupakan bukti ketaqwaan yang akan disoalkan di akhirat kelak. Sebagai seorang Muslim, wajib untuk kita melakukan 5 rukun-rukun yang tersenarai didalam pensyariaatan Allah, iaitu rukun-rukun islam. Mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa di Bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan Haji bagi yang mampu.

Perkara pertama yang akan di soal oleh Allah di dalam kubur kelak ialah perihal berkenaan solat. satu kali tinggal  solat beribu tahun disiksa. Mungkin kita mengambil ringan tetapi azab dan siksa Allah tiada yang ringan.Seorang ayah akan dipertanggungjawabkan di atas amalan anak2nya. Tanggungjawab yang menjadi banyak persoalan di akhirat kelak. Anak yang sudah baligh tidak solat, namun si ayah hanya buat tak tahu dan tercegat, di akhirat, azab dan siksa menjadi sangat hebat. Nauzubillah.

Begitulah realiti di alam yang penuh dengan fantasi ini. Permainan dan khayalan menjadi keutamaan seorang manusia. Pergaulan di antara lelaki dan perempan hanya dianggap jenaka. Solat dianggap seperti gula-gula, hisap dan telan.

Seorang perompak yang solat lebih baik daripada seorang Ustaz yang tidak solat. Walaupun merompak, namun asas-asas Islam masih ada di dalam dirinya. Itulah kelebihan orang-orang yang solat. Solat merupakan tiang agama. Jika tiada tiang, maka runtuhlah agama dalam dirinya. Walau dalam keadaan yang susah sekalipun, wajib bagi insan mendirikan solat. Namun, hidup di dalam kesenangan lebih ramai yang meninggalkan solat. Kesenangan merupakan fitnah besar dunia. Duit dan pangkat menjadi tuhan setiap masa. Setiap hari hidup dihabiskan dengan dunia. Kadang kala, akhirat tidak pernah terlintas di kepala. Yang dilihat hanya syurga dunia, syurga akhirat hanya bila sampai mas

Itulah kerenah seorang hamba, seringkali terlupa akan tugas dan tanggungjawabnya. Sangat ironi dengan nama nya "insan" biasa, seorang yang pelupa. Siapa manusia yang tidak pernah terlupa, bermaksud lari dari fitrah kehidupannya. Pelupa itu sebuah anugerah Allah kepada hamba2Nya. Namun dalam anugerah itu, perlu ada cabaran2nya. Cabaran yang harus diatasi dalam keadaan iman yang "cosin", kejap turun dan kejap naik!

Di alam sekolah, universiti dan pekerjaan merupakan alam yang berlainan serta ujian yang semakin menerkam. Hati yang mulanya putih mula menjadi kelabu akibat kesan-kesan suatu aroma dunia yang semakin menyerang. Kotoran hati yang tidak mungkin dapat di atasi dengan sabun dettol, mungkin menjadi penyebab kesan kotoran semakin gelap. Namun, mata manusia hanya melihat luaran, dalaman menjadi kaku dan beku. sampai suatu masa hati menjadi suatu yang tidak perlu, kerana fungsinya sudah jadi batu.

Tubuh badan yang besar dan kuat tidak menjamin kekuatan iman seorang hamba. Ada ramai manusia yang berbadan kuat, akhirnya jatuh kerana hati nya tidak hebat. Hatinya kian rapuh tatkala maksiat dan zina menjadi suatu hobi yang kian menyentuh.

Dalam suasana yang terlalu banyak fitnah, saling ingat-mengingati menjadi amalan yang dituntut. Kerana kasih seorang sahabat kepada sahabatnya, ingat-mengingati menjadi wajib di dalam dirinya sehinggakan sanggup menggadaikan perasaan diri tatkala ingin menjadikan sahabatnya seorang muslim yang mempunyai kekuatan iman didalam hati. Namun, USRAH menjadi salah satu medan untuk ingat mengingati. Namun masih ramai di antara kita yang tidak pernah tahu akan kekuatan Usrah.

Namun, pasti ada yang tertanya-tanya. Ada apa dengan Usrah? Apahal usrah? Kenapa kena pi Usrah? Ahh tak suka lah Usrah2 ni!! Malasnya Nak Pi Usrah! Buang masa ahh Usrah2 nie? 

Seorang hamba Allah yang sering mendengar nasihat dan peringatan sering memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Walaupun dirinya tidak tahu bercakap tentang agama, namun di dalam kerendahan hati sangat kaya dengan ilmu-ilmu akhirat sana. Walaupun diri bukanlah seorang ustaz, namun hatinya lebih mulia dari seorang ustaz yang tidak mahu dengar peringatan sesama manusia. Iya, kerana di dalam hatinya hanya ego jahiliyyah yang menerpa.

Seorang keluarga miskin yang setiap hari hidup dengan peringatan-peringatan tuhanNya lebih mulia dari keluarga kaya yang hanya hidup berisikan duit dan pangkat semata. yang miskin itu tiada harta di dalam dirinya, namun lebih kaya hati nya dengan amalan-amalan mulia. Kerana mereka itu insan biasa. Hanya keredhoan Tuhannya menjadi kebahagian hidupnya.

Mungkin ramai di antara manusia yang mengambil ringan akan kekuatan USRAH didalam rumah, didalam sekolah dan juga di pejabat daerah sekalipun. Usrah memberikan kesan dan impak yang besar kepada diri seorang hamba. Begitu juga kesan terhadap organisasi umat manusia. USRAH menghubung akan hati-hati seorang hamba terhadap penciptaNya iaitu dengan mendengar akan peringatan Tuhannya.

Seorang pelajar yang mengikut Usrah tidak sama dengan seorang pelajar yang hanya belajar sendiri di rumah. Usrah merupakan medan dakwah yang besar, yang didalamnya merapatkan hati-hati, membangkitkan sebuah kekuatan diri, dalam mencari kemuliaan yang tersembunyi, di daerah dunia yang sangat penuh dengan jahiliyyah yang semakin menjadi realiti dunia hari ini. Iya Usrah bukanlah sebuah fantasi dan ilusi namun perlu dihidupkan dengan kekuatan di dalam diri.


Seorang pelajar yang mengikuti Usrah amat berhati-hati dalam setiap tindakan. Jika dahulunya kaki rempit, lepas ni kaki masjid. Jika dahulunya sangat bebas pergaulan, kini dia amat berjaga-jaga dengan segala batasan yang disyariatkan tuhan. Jika dahulu tidak pernah sentuh Al-quran, hari ni setiap hari mengulangi hafalan. Subhanallah. Itu lah kesan dari sebuah perjumpaan. Bukan sehari tetapi hanya sejam. Ianya mampu memikat hati-hati manusia supaya lebih berdisiplin dengan akhlak Islam.


Ketika CInta berUsrah, Ruh, Pemikiran dan Intelek Muslim dibangun dengan mengkaji kurikulum tertentu dalam membina individu muslim yang soleh dan musleh yang sentiasa bersemangat dan tegar membangun diri dan bergerak dalam mengejar redha-Nya.

Semoga kecintaan terhadap agama, menjadi perangsang kepada amalan2 mulia. Semoga Allah mengiringi setiap langkah kita.

Wallahualam..^_^

P/S : Usrah itu Keluarga. Peace Yo!

Capacitor, Resistor, mekar bahagia.

Segala puji bagi Allah, Tuhan di langit dan di Bumi, Tuhan di lautan dan di daratan, pencipta dan penghancur dunia yang hanya sementara, telah tercatat di dalam Al-Quran untuk manusia sedar dan insaf akan kehidupan yang tidak lama, supaya kita tidak terlalu jauh terlalai akan kebahagiaan di dunia. Salawat serta salam tidak lupa buat junjungan besar Baginda, "Muhammad Bin Abdullah", pemimpin dan pewaris yang terhebat yang telah di lantik Allah menjadi Rasul terakhir. Rasulallah SAW. Tidak lupa kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, muslimin dan muslimat yang di kasihi Allah swt.


Alhamdulillah di malam yang sungguh romantis ini, bukanlah nak bercerita tentang cinta, mahu pun berkenaan perasaan sebagai seorang hamba, tidak salah jika masing-masing saling nasihat menasihati antara saudara, kerana bukanlah nasihat itu tanda tidak suka tapi tanda kasih dan cinta. Nasihat bukanlah tanda kita seorang sahaja yang bagus dan pandai tapi nasihat merupakan senjata buat diri yang selalu lalai.

Sebagai seorang manusia, sejak dilahirkan didunia, telah dianugerahkan rupa, dan bentuk badan yang berbeza dan amat sempurna.  Mungkin ada manusia yang dilahirkan didunia dalam keadaan buta, ada juga yang diciptakan dalam keadaan yang kurang deria. Namun itu bukanlah tanda seseorang tidak sempurna. Walhal itu merupakan suatu nikmat yang sangat besar dari Tuhan kepada seorang hamba. Mungkin jika seorang yang dilahirkan dalam keadaan yang buta, hati sangat bercahaya.

Cuba kita renung kembali, semenjak kita lahir dan sehingga sekarang, berapa banyak fitnah yang kita rasa. Berapa banyak jumlah juadah aurat yang di ratapi dalam keadaan iman yang sering sunyi. Bak kate pepatah baru, "dari mata turun ke hati, dari hati salur ke semua organ diri". Namun, seringkali kita terus merasa diri kita yang sempurna, dan si buta itu cacat kedua belah mata. Iya kita tidak pernah merasa diri kita kekurangan kerana ego dalam diri kian berlebihan.

Si buta yang dilihat seorang yang sungguh kasihan, namun di hati nya terlalu banyak syurga dan taman. Fitnah penglihatan tidak dapat menembusi akal fikiran, proses transformasi antara otak dan hati menjadi halangan, memori akal yang unlimited, tidak pernah dimasuki karat2 virus worm mahupun trojan. Iya kerana nikmat buta yang diberikan oleh Allah kepada manusia yang menjadi pilihan.. Walaupun tidak dapat merasai nikmat kebahagiaan seperti insan yang lain, namun hati lebih nyaman dan hening. Tiada kerisauan dalam diri seorang si buta kerana dia tahu Allah menjaga dirinya, menjaga pergerakannya, kerana sebab itu nikmat buta di berikan pada dirinya. Kerana dia insan yang berharga, bukan istimewa untuk manusia tapi untuk Tuhan yang Maha Perkasa.

Alangkah bahagianya si buta, kerana di padang mahsyar, mata yang terjaga menjadi penyelamatnya di sana. Tidak seperti kita insan biasa, ujian mata merupakan ujian yang luar biasa. Seringkali pasti pernah melihat aurat wanita(bukan muhrim). iya satu dosa. jika dalam sehari melihatnya, makin bertambah dosa. Sekarang medan social seperti facebook merupakan medan yang sangat ketara fitnahnya. Jika dalam friends kita terdapat 1000 wanita, separuh daripadanya auratnya entah kemana, jika setiap hari di buka, dan setiap hari melihat aurat wanita, apakah itu bukan merupakan satu malapetaka? atau hanya perisa untuk mata? Iya itulah medan ujian buat kita insan biasa. Mereka yang buta merupakan insan yang istimewa, namun diri harus bersyukur kerana setiap ciptaan itu pasti mengandungi hikmahnya.


Pernahkah kita mendengar tentang sang resistor dan sang capacitor?^_^ Iya kedua-duanya merupakan satu objek buatan manusia yang sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. kehidupan yang sentiasa berbekalkan peralatan-peralatan elektronik seperti objek yang sedang kita hadap sekarang. Ianya merupakan suatu integrasi daripada capacitor dan resistor. Iyanya suatu benda yang kecil, namun tiada manusia yang mengmbil tahu akan kehadirannya. Jika kedua ini tiada, maka tiadalah peralatan komputer yang berada dihadapan kita. Dalam kita bermain facebook dan sebagainya, pernah kah kita terfikir akan ciptaan komputer. Bagaimana proses sending dan receiving sesuatu data. Bagaimana comment dari fb kita boleh sampai kepada fb sahabat kita. Iya pasti sangat jarang manusia mengambil tahu kerana nikmat beraplikasi lebih besar dari nikmat mengambil tahu akan prosesnya. Begitu juga dengan manusia, manusia lebih suka beraplikasi tanpa mengetahu proses2nya. seorang manusia yang betul-betul matang pasti kerap melalui proses sehingga dia benar-benar matang dalam applikasi kehidupannya.

Capacitor menyimpan tenaga, dan Resistor memberi rintangan pada tenaga. Kedua2nya.memainkan peranan yang berbeza namun mempunyai satu tujuan yang sama. Iaitu untuk membuatkan manusia selesa beraplikasi dalam keadaan manusia tidak ramai tahu akan kehadirannya. Namun kedua-duanya tetap mekar bahagia. Kerana masing-masing ingin mencapai matlamat yang sama walaupun caranya agak berbeza, agak compliment di sana dan kedua-dua saling membantu dan memainkan peranan penting demi kebahagiaan si pengguna.

Secara theorinya, suatu teknologi tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika tiada resistor, begitu juga capacitor, pasangannya. Jika hanya ada salah satu, mungkin teknologi itu akan terbakar kerana tidak menahan aliran arus electric yang  deras. 10 volt pun sudah berat bagi seorang manusia. Namun jika kedua2nya bersatu, pasti dapat menyelamatkan keadaan kerosakan yang pasti berlaku.

Begitulah lumrah hidup seorang manusia. Menjadi seorang pelajar sudah semestinya mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu mencari ilmu. Itulah tujuan utama dalam memasuki medan universiti. Mencari publisiti? tidak, hanya mencari redha Ilahi. Hidup dalam keberkatan merupakan hidup yang sungguh indah dan bahagia. Kadangkala apa yang kita lihat tidak baik itu sebenarnya pantas dan baik buat diri kita. Jika kita merasakan sahabat itu menyusahkan hidup kita, namun sebenarnya sahabat adalah penguat dalam menghadapi kehidupan yang penuh ranjau duri yang berbisa. Jika kita lihat berkahwin awal itu suatu yang tidak mampu dan menyusahkan semasa kuliah, namun ianya sebenarnya merupakan suatu yang indah disisi agama. Secara realitinya, ramai manusia yang sudah jauh dari agama dan fitrah, kerana terhalang oleh pemikiran yang jauh dari sistem yang islam anugerah . Medan universiti merupakan medan yang sangat bahaya jika tidak punya iman yang tinggi. Di mana-mana saja pasti ada fitnah yang menanti. Tidak kira bangsa mahupun agama. Tidak kira arab, cina, melayu mahupun india.  Masing-masing mempunyai naluri yang sama, cuma cara agama yang berbeza.

Kadang-kala iman manusia seringkali diuji, bukan kerana ia lemah, namun kerana merasa diri sudah sempurna dengan ibadah. Iya kita merasakan diri kita sempurna tatklala kesempurnaan  itu hanya milik Allah. Dan bila-bila masa ujian itu menikam lidah dengan manusia yang bongkah. Kita merasakan diri kita sudah sempurna iman, namun pada Allah, kita hanyalah manusia yang sia-sia.

Manusia itu lumrahnya seorang insan yang hina. Namun diciptakan Allah satu persatu untuk menjadi pendamai di muka bumi. Iya manusia sering pandang kehadapan, namun dalam mencari pangkat dan nama, yang bawah dilupakan. Yang penting diri diutamakan, dan sampai masa, kehidupan bertambah kaya dan kaya. Status depan nama sentiasa menjadi rebutan manusia. Untuk apa? Iya untuk melihat diri hebat dan sempurna. Untuk dakwah? Jika dakwah, Rasulallah sanggup tinggalkan harta yang melimpah untuk kebahagiaan umatnya. Sampai suatu masa harta dan status tidak lagi berguna untuk kita, hanya amal, ilmu dan doa anak yang soleh menjadi pendamai buat diri di bawah tanah kelak.

Segala yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu datang dari diri hamba yang hina..


Wassalam..

Apa akan terjadi jika tiada resister dalam sistem komputer ni..fikir2kan..:)

P/S : Tidur awal, bangun awal.. InsyaAllah!! Esok kelas petang, jadi pagi2 ingin meningkatkan stamina diri bersama sahabat2 yang tersayang! Iya Bukit Beruang yang trcinta!

Technology Today

Loading...